27 May 2013

Cerita Panggung Fast and Furious 6

Assalamualaikum.

Kali ini aku nak citer sikit pasal movie dan panggung.. Haa.. mesti pelik kan tak pernah2 aku citer pasal movie nih.. Mungkin ini yang pertama kot.. Hehe.. Siapa yang dah tengok Fast And Furious 6 ? Korang rasa best tak ? Bagi aku best dia punya aksi stunt.. Tapi jalan cerita agak bosan sikit sebab kurangnya aksi berlumba.. Sebelum ni pon FAF5 pon agak kurang aksi berlumba.. Hanya membuat strategi untuk menciplak berjuta - juta billion dollar.. Walaupun jalan cerita  dia bagi aku bosan pada permulaan tapi memang terbaik pada pertengahan dan kemuncak dia.. Bak kata orang 'feel' dia biasa mula2.. kemudian layan sikit.. biasa balik.. dan last sekali gempak..

Bagi aku aksi paling best sekali dalam jalan cerita ni masa Toretto (Vin Desel) menyelamatkan Letty (Michelle rodriguez) dekat atas jambatan masa kereta kebal nak terbalik.. Perghh !! Memang cantik dia punya scene dengan shot dia.. Cerita ni pon kadang2 ada lawak juga.. 2 orang berkulit gelap Roman (Tyrese Gibson) dengan Tej (Ludacris) buat watak bangang diorang.. Dari mula sampai la ending cerita..



Cerita Fast And Furious ni memang lama aku follow.. Sebab dia punya cerita melibatkan perlumbaan kereta.. Dan paling best bila kereta lama old school atau (muscle) lumba dengan kereta baru.. Siap2 modifikasi yang gempak.. Aksi diorang lagi nampak real  bila berlanggar.. Memang teknik CGI diorang tinggi sebab kepakaran dan peralatan.. Kalau Malaysia ? Huh ! Bukan nak kritik tapi api kereta terbakar pon nampak kartun.. Apa lagi babak yang melibatkan kerugian yang tinggi ? Hahaha..

Sebenarnya cerita ni esok nak keluar kat panggung malam tuh aku dah tengok.. Haa ? Pelik kan ? Biasalah pirate download maa.. Tapi gambar tak cantik  sangat laa.. Kadang2 blur.. Kadang2 kamera lari2.. Kadang2 ada orang bangun berjalan.. Haha.. Biasalah tuh.. Nama pon percuma.. Tapi hari lusanya aku balik kampung kawan pulak ajak tengok kat wayang.. Citer mula pukul 3 petang.. Kitaorang masuk 3 suku macam tuh.. Aku tak heran laa sebab aku dah tengok.. Dan hari itu jugalah aku pertama kali tengok wayang di tempat aku yang baru bukak dekat Kampar, Perak.. Bilik tonton ada banyak juga laa.. Tapi tempat takde laa besar sangat.. Gambar pon cantik.. Cuma audio dia kurang sikit laa.. Bagi aku laa.. Sebab lain macam aku dengar dia punya sistem audio..

Dan terakhir sekali mungkin akan ada Fast and Furious 7 pulak.. Sebab diaorang rewind ke Fast and Furious Tokyo Drift masa kereta Rx7 Han Lue (Sung Kang) terbalik.. Jadi kita tunggu jelah.. Haha.. Okeh selamat malam..


17 May 2013

Multiple Camera Production Crew Selama 3 Hari

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Buta !!

Hahaha.. (gelak jap pasal lama tak update post) Waduhh.. Minggu yang sangat sibuk.. Bukan pasal PRU13.. Tapi sebagai MCP pada suatu program.. Apa itu MCP ? Haa.. Aku pon baru tau menatang nih..  Multiple Camera Production.. Ni lah pertama kali pertama aku menjadi sebahagian ahlinya.. Secara langsung kot.. Dan ini kali kedua aku menjadi MCP secara tak langsung.. Siapa yang belajar Multimedia mesti tau istilah "online" dengan "offline"

Menjadi ahli selama 3 hari 2 malam di Nogori.. Haaa.. Lokasi Institut Latihan Perindustrian Pedas, Negeri Sembilan.. Mengendalikan acara Robocon.. Kebanyakan Institut bawah Jabatan Tenaga Manusia turun padang semua untuk tunjuk bakat robot masing2.. Macam2 bentuk ada.. Haha..

Oke beralih ke MCP tadi.. Baru aku tahu macam mana diorang bekerja.. Kalau sehari 'on' je kot.. Tapi kalau 3 hari macam aku kena ni dengan krew yang tak cukup.. Mampus penat.. Letak kepala je terus lentok.. haha.. Jap.. Jap.. Jap.. Ini bukan kerja luar.. Aku tolong pensyarah aku.. Ditemani 3 orang member sekelasku.. Dan 2 orang pensyarah.. Nasib baik jenis yang masuk air.. Tiap2 hari gelak je walaupun penat..
Itu pon nasib baik ada 2 orang pensyarah dari situ dengan 3 orang pensyarah dari institut tolong sekali..

Kerja kami tangkap video secara langsung dengan berbekalkan 4 buah kamera.. 4 roll kabel.. Dan lain2.. (nak tulih satu2 sampai sok pagi belum tentu habis).. Dalam bilik tuh penuh barang2 kamera dengan kabel.. Serabai je kalau tengok.. Hahaha.. Cameraman sentiasa bertukar tangan.. Kalau tak memang mati kejang pegang kamera.. Hehehe..

Mandi tak mandi je rasanya.. Tidur jangan cakap la kalau tak sah selepas pukul 1 pagi.. Bedengkur je semua tidur.. Termasuk aku kot.. Hahaha.. 2 hari balik pon rasa penat tak hilang lagi.. Balik je teruih demam.. Selsema.. Meleleh je hingus.. Hahaha.. Takpa ilmu yang dapat takkan hilang.. Penat boleh hilang bila cukup rehat.. Betul ? Oke aku nak tidur dulu.. pukul 3 pagi dah ni.. Esok kelas.. Ni taip pon hingus meleleh lagi.. Hahaha.. Papai..

Assalamualaikum..