Itu la keluhan pertama yang keluar dari mulut aku.. Mana tak nya, buat suntingan video sampai guna 2 pc ngan 2 lappy.. Padahal 1 lappy atau pc pon dah cukup.. Tapi disebabkan aku selalu guna lappy tuk wat asignment maka berlaku lah perkara macam ni. Software portable tuh memang leh guna tapi tak la 'perfect' 100 peratus. Video dengan 'effect' ngan 'transition' dia memang dah ok cuma nk eksport jadikan 1 fail yang telah di 'compress' memang portable tuh tak leh buat. 'Tension' je fikir. Asignment lain betimbun lagi. Nak pindah kan fail pon nak kena 'copy' semua yang bersangkutan dengannya. Haish..
Hati dah putus asa, tapi tangan masih cuba 1001 cara tuk selesai kan. Buat punya buat idea ni datang je.. Nasib baik portable ni leh support fail yang sama 'version'. Terpaksa lah pinjam lappy kawan wat sementara waktu. Sunting-sunting kasi bagi baik sikit, tulisan pon banyak tak 'detect' terpaksa lah pakai tulisan apa yang ada dalam lappy tuh. Bagi aku cacat la sikit sebab apa yang aku nak semua tak dapat.
So.. Video yang dihasil kan sepenuhnya oleh aku telah siap di cipta. Lecture pon cakap cun. Tapi, aku tetap tak puas hati sebab video tuh menggunakan lappy orang lain. huhu..
Jadi akibat dari perkara ini banyak aku dapat :
-Bukan setakat sunting video, sharing file, converting and rename file, version software, import and eksport file, and etc.
-Tambah kan lagi sikap sabar aku. Time ni aku tepaksa tolong kawan-kawan aku yang lemah. Sedikit sebanyak aku share-share kan ilmu kepada mereka.
-Tak putus asa dengan cepat. Bukan ciri-ciri aku untuk berputus asa awal. Sedangkan banyak lagi cara yang telah 'hidden' dalam fikiran aku. Tangan banyak membantu untuk meneruskannya.
-Bertukar pendapat dengan lecture pasal-pasal software. Format file. Encoder software, kesesuaian sesuatu software dengan software lain untuk menjalankan sesuatu kerja.
Kalau nak ikutkan memang banyak lg aku dapat, tapi cukuplah sampai ni. Korang pon bukan nya suka baca sangat kan.. hehehe..
No comments:
Post a Comment