26 Oct 2011

Kebebasan (Freedom)

Siapa lah yang tak nak kebebasan dalam hidup mereka ? Memang tak normal la bagi aku siapa yang tak nak tuh.. Terbang seperti burung bebas kemana-mana sahaja.. Tanpa ikatan, tanpa sangkar, tanpa tuan dan lain-lain........

Tapi bagi aku kebebasan ada batasannya juga.. Walaupun jauh daripada keluarga terutama mak bapak ku, tapi aku tetap dapat merasakan ada sesuatu yang melihat setiap perilaku aku walaupun tiada yang rapat(hubungan keluarga).. Sekarang baru aku faham sepenuhnya apa yang dididik oleh mak dan bapak ku dari kecil sehingga sekarang ada guna nya.. Mungkin mereka tak risau sangat bila aku berada disini disebabkan untuk mencari ilmu.. Tapi hal-hal lain yang remeh-temeh mereka menganggap aku boleh menyelesaikannya sendiri tanpa bantuan mereka..

Memang betul, selama ini aku cuba mengurangkan bebanan terhadap keluarga aku.. Terutamanya bapak aku.. Aku ingin cuma dia bernafas dengan tenang tanpa memikirkan masalah aku disini.. Alhamdulillah, aku ikut semua pesanan mak dulu.. Disebabkan itu juga aku tenang kat sini walaupun masalah asignment dan peraturan disini membuat aku tak senang..

Hanyut dengan dunia bukan cara aku.. Kadang-kala aku kasihan melihat saudara-maraku yang leka dan hanyut terus.. Bila terhantuk baru nak sedar.. Tapi aku hanya mampu melihat.. Tidak mampu untuk berbuat apa-apa.. Walaupun kebebasan hak kita tapi "Jangan lupa janji kita kepadaNya"




No comments:

Post a Comment