5 bulan Oktober.. Aku tiba di Perak Darul Ridzuan.. Tanah tumpahnya aku disini sebagai anak jati di negeri ini.. Dilahirkan dan dibesarkan disini.. Hampir sebulan lebih kakiku tak dijejakkan di tanah tercinta ini.. Kali ini aku sampai awal sedikit.. Bukan bas tuh pakai enjin skyline atau ferarri mahu pun mengenakan twin turbo.. Aku hanya menaiki kereta yang ditumpangkan oleh salah seorang pekerja (staff) ditempat aku belajar ini kerana kehabisan tiket dan disebabkan juga kelewatan serta kelembaban elaun masuk..
Sampai sahaja dirumah macam biasa, melepaskan rindu pada mak aku yang lama aku tak jumpa.. 2 a.m. Aku berjumpa dengan saudara-mara ku untuk memulakan aksi panaskan badan.. Seperti biasa bukan merempit, bukan bershuffle, mahupun main futsal.. Tapi hanya sekadar duduk depan lappy masing-masing untuk bermain DOTA (Defend Of The Ancient).. Hehe..
Petangnya 2 p.m. Aku memulakan langkah untuk bertolak ke Ipoh untuk mencari barang.. RAM, RJ45 dan ink printer aku.. Hanya ink sahaja dapat aku beli.. Yang lain masih dalam pemerhatian.. Hari Isnin ini aku terpaksa pergi ke Ipoh lagi.. Macam biasa pegi-balik bawak 100km/j.. Biasa la tu kan.. Nak jimat minyak sikit ngan nak cepat sampai..
6 p.m Menolong mak aku menyediakan semua bahan-bahan masakan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pada esok hari.. Rajin tak aku ? hahaha.. Samapi sekarang 8.50 p.m masih lagi menolong.. Ni pon tengah berehat sekejap.. Tuh yang update blog ni.. Saudara pon dah mesej malam ni macam biasa.. Berdota la lagi sampai pagi.. Padahal esok pagi nak sembahyang raya dengan aktiviti main daging lembu/kerbau(korban).. hehehe.. Itu jela aku nk post.. Nak kene buat banyak keje lagi ni.. Aku kan rajin.. Hahaha...
No comments:
Post a Comment