15 Jan 2012

Buku Baru

Pagi ini.. Merupakan hari yang akan membuatkan diri aku lebih matang.. Lebih dewasa.. Lebih Berfikiran terbuka.. Bagi menghadapi segala cabaran hidup didunia ini.. Walapun masih tercari-cari mana yang harus dituju.. Samar-samar lagi perjalanan hidupku.. Tapi bagiku baru permulaan hidup didunia realiti ini.. Kehidupan yang dengan penuh pancaroba dan penipuan semata-mata..

Selama dua puluh satu tahun ini banyak liku-liku yang harusku tempoh sehingga ke tahap ini.. Darilah kisah hidup sebagai seorang pelajar.. sebagai seorang anak.. Serta sebagai seorang khalifah dimuka bumi ini.. Bukan mudah untuk berbuat baik kepada semua orang.. Dan bukan mudah untuk mencuri hati seseorang.. Setiap orang berlainan pemikiran dan tafsiran..

Sebagai seorang lelaki yang matang.. Berfikiran terbuka saja tidak cukup jika tiada ilmu didada.. Walaupun tingkah laku.. Perbuatan.. Percakapan.. Pemakaian adalah sempurna tapi hati yang hitam siapa yang tahu. Kerana itu aku selalu berfikir.. Meneroka.. Menkaji.. Belajar dari kesilapan aku titik beratkan sehinggalah sekarang..

Tiada lagi masa berbulan madu.. Tiada lagi masa untuk angan-angan.. Tiada lagi masa untuk bermain-main.. Soalnya aku ikut kata-kata seorang hamba.. "Selagi apa kita boleh buat.. Kita buat.. Jangan ikut cakap orang.. Ikut kata hati diri sendiri.. Asalkan kita boleh hidup berdikari walaupun esok-esok mak ayah dah takda"... Lebih kurang macam itu la ayatnya..

Lembaran baru ini semoga apa yang aku hajat tercapai la hendaknya walaupun satu dua yang dapat.. Walaupun beribu-riban yang aku hajat.. Tapi doa dan restu ibu bapa tuh lah yang bawa berkat di dunia dan akhirat..

No comments:

Post a Comment