Pagi yang mendung.. Seperti hari ini mengetahui luahan hati ini.. Pagi ni juga mood aku terus hilang.. Nak pegi kelas nak tak nak je.. Puncanya malam semalam.. Memang macam ni la kan nasib aku.. Banyak je halangan yang datang.. Satu per satu mula timbul.. Masalah lain belum reda timbul yang lain pulak.. Mungkin ini takdir.. Aku tahu Allah sedang menguji aku.. Kesabaran aku.. Ketabahan aku.. Pemikiran aku.. Terdaya ke tak hambaNya ini.. Segala halangan aku lalui dengan tabah..
Kadang-kala aku terasa cemburu dengan orang lain.. Tapi aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang.. Walaupun kehendak manusia melebihi keperluan.. Aku sentiasa pandang kebawah.. Jika pandang keatas sudah pasti lama diri ini hanyut dengan dunia.. Tapi ada juga suara kecil membisik menyatakan memberontak itu lebih baik.. Tapi aku tahu tiada apa yang harus aku lakukan dengan memberontak kerana aku mengetahui siapalah diriku yang sebenar.. Kenyataan itu adalah kenyataan dan bukan bayangan mahupun penipuan..
pernah juga rasa mcm ni. :) tp .. kena ingtkan diri untk bsyukur :)
ReplyDeleteBetul tuh.. ^_^
ReplyDelete