20 Nov 2011

Tentang Hutang

Kenapa manusia suka berhutang ?
Terutamanya orang Melayu yang beragama Islam.. Bukan aku nak memburukkan bangsa mahupun agama aku sendiri.. Tetapi ini kenyataan yang betul.. Lama aku memerhatikan.. Memberi hutang itu memang SUNAT.. Tapi bayar hutang itu adalah WAJIB.. Hukum Islam ni bukan aku main cakap je..

Tapi sekarang macam terbalik pulak aku tengok.. Memberi hutang pulak macam wajib dan membayar hutang itu pulak sunat.. Pernah tak korang tengok orang Melayu berhutang dikedai-kedai bangsa cina atau pun india ? ada ? Kalau ada pon mungkin 1/100..

Tapi cuba tengok orang bangsa Melayu yang hutang di kedai Melayu.. Samapai buku kira-kira kena buat balik(renew).. Pandai cakap tolong bangsa sendiri tambah-tambah yang susah.. Tapi bila dah senang buat dono(bodoh) je.. Ni lah Melayu.. Melayu mudah lupa ? bukan mudah lupa tetapi buat-buat lupa..

Jika dia(penghutang) ingat akan hutang, dia akan bayar sebab dia akan ikut hukum.. WAJIB bayar hutang.. Sampaikan ada kisah orang nak pinjam duit kepada seseorang.. "Bolehkah saya meminjam sedikit wang?" Maka si peminjam berkata "Adakah esok hari engakau masih bernafas untuk membayar hutangmu ?" Jadi si peminjam ini tak jadi meminjam kerana dia takut tak sempat untuk membayar hutangnya pada esok hari kerana ajal maut ditangan Allah..

Orang yang meninggal dunia tapi berhutang sebelum sempat melangsaikan hutangnya segala amalannya akan tergantung.. Rasulallah pon ada memberitahu kepada umatnya dahulu sebelum pergi berperang.. Orang yang berhutang tidak boleh pergi berperang sebelum sempat menjelaskan kesemua hutangnya.. Mesti korang semua fahamkan isi tersiratnya kan..

Jadi aku bukan nak memburukkan sesiapa.. Aku pon pernah berhutang.. Aku pon nak beringatkan diri aku ni juga supaya sedar.. Tapi aku pon nak kongsi kepada yang tak sedar-sedar tu supaya sedar.. Bak kata orang "Tangan yang memberi itu lebih elok daripada tangan yang menerima  " dan "Kalau nak memberi tuh jangan bagi tangan kiri tu nampak  " Sekian..

2 comments: