29 Dec 2011

Jika Ada Dua Pilihan..

Seandainya hidup ini ditentukan oleh pilihan..
Diantara memilih kesenangan dan juga kepayahan..


Akan ku pilih kepayahan..
Kerana aku tidak mahu orang yang aku sayang melaluinya..

Akan ku pilih kepayahan..
Kerana aku sudah lama dengan perkara-perkara begitu..

Akan ku pilih kepayahan..
Kerana kesenangan akan bermula daripada dengan kepayahan..

Akan ku pilih kepayahan..
Kerana kepayahan akan membuat diri aku sentiasa berfikir..

Akan ku pilih kepayahan..
Kerana kepayahan itu membuatkan aku berfikir siapa aku..

Akan ku pilih kepayahan..
Kerana kepayahan akan membuatkan aku bersabar..

Akan ku pilih kepayahan..
" Kerana kepayahan itu sebahagian jalan cerita kehidupanku "

No comments:

Post a Comment