2011..
Tahun yang mungkin aku tidak akan lupakan.. Banyak perkara yang aku lalui ditahun ini.. Kesenangan.. Kegembiraan.. Keseronokan.. silih berganti dengan Kedukaan.. Kekecewaan.. Kehampaan.. Kehibaan.. Walaupun tahun 2012 telah datang dan setiap orang menginginkan pembaharuaan serta azam baru dalam kehidupan mereka, tapi bagi aku tidak.. Aku masih ditakuk yang lama.. Aku masih yang dulu.. Cuma banyak perkara yang harus aku kejar pada tahun baru ini.. Kerana aku yang menentukan masa depan aku sendiri..
Jika diawal tahun 2011 aku boleh menarik nafas lega sambil berangan-angan.. Tapi kedatangan akhir tahun 2011 aku dapat merasakan diri aku jatuh.. Satu persatu perkara yang timbul.. Masalah yang datang.. Tapi yang pasti aku dapat lalui nya seorang diri.. Memang itu yang aku mahukan.. Hanya seorang diri menyelesaikan semua perkara dan masalah yang timbul.. Situasi sebenar dapat aku hidu dan aku akan pastikan untuk tidak lari lagi dari landasan yang sepatutnya.. Setiap agenda akan aku jalankan seperti yang dirancangkan.. Hanya Tuhan yang menentukan saja kebenaran dan masa itu..
2012..
Aku ingin buka buku baru dalam hidup aku.. Setiap memori 2011 akan aku simpan sebaik-baiknya didalam lubuk hati.. Tiada perkongsian.. Hanya aku saja yang tahu.. Jika dipusing kembali fikiran dan hati ini terlalu banyak menyimpan segala suka dan duka.. Cuma ianya masih mampu bertahan sehingga hari ini.. Apa yang pasti, tahun ini aku tak akan sia-siakan hidup aku.. 21 tahun, sudah dewasa.. Boleh berfikir mana baik dan buruknya.. Mana permata dan kaca.. Mana musuh dan mana kawan.. Mana kata-kata benar dan mana kata-kata dusta.. Kerana Tuhan dah tunjuk semuanya didepan mata.. Hanya musuh dalam selimut harus aku berjaga-jaga..
No comments:
Post a Comment