1 Aug 2011

Menyambut Awal Ramadhan Di Rantau Orang

1 Ramadhan.. Bermulanya hari dimana semua orang Muslim menunaikan ibadah puasa.. Iaitu menahan diri daripada makan dan minum.. Hanya iman seseorang yang tentukan untuk memperjuangkan diri untuk melawan nafsu yang tinggal..

Ini kali kedua aku menyambut puasa di negeri orang.. Orang lain awal puasa menyambut bersama ahli keluarga masing2.. Tapi aku dan segelintir kawan2 aku menyambut sesama sendiri.. Begitu juga solat terawih.. Hati memang tersa sedih sedikit tapi untuk mengejar impian aku untuk menjadi nyata aku gagah kan juga untuk berada di sini.. Di negeri orang, lain tabiat, lain pelat atau loghat.. Dalam erti kata lain tutur bicara.. Orang utara dan selatan.. Banyak juga bezanya..

Banyak kekusutan yang datang sebelumnya 1 Ramadhan.. Ramadhan AL-Mubarak.. Hanya itu sahaja segelintir masyarakat kita tahu.. Tapi makna erti sebaliknya banya yang kita jauh ketinggalan..

Aku berharap Ramadhan kali ini dapat aku lalui dengan tabah.. dengan hati yang tenang.. Melawan segala nafsu yang ada untuk mencari pahala yang berganda yang hanya terdapat di bulan Ramadhan sahaja..