26 Nov 2011

Update Blog

Haa.. Siap pon.. Walaupun menu tab ada yang aku tak isi lagi.. Berhari-hari aku nak fahamkan 'coding' dia ni.. Nasib baik ada kawan bantu sikit belajar pasal 'coding'.. Yela aku amek kos multimedia.. Setakat 'coding' Flash tuh leh la aku paham ngan ingat sikit-sikit.. Amacam intro masuk blog aku ni ? Siapa yang tak tahu mesti gelabah jap (Apehal pc/lappy' aku ni ?) hahaha.. Kawan aku yang bagi 'coding' dia.. Best tak ? Blog aku ni tak la cantik sangat.. Aku tahu la blog korang semua canik-cantik ngan menarik..

Kalau korang perasan sebelah kiri korang ni ada app radio.. Aku baru letak.. Dengar lagu ulang-ulang bosan jugak kan ?  Korang tinggal klik je kalau nak dengar.. bukan bayar pon.. Kalau yang guna brodband tuh pon tak payah la nak risau.. Kuota pon tak luak la.. Okeh itu jela aku nak post.. Ngantuk pulak la.. Hehe..

22 Nov 2011

Harimau Muda Baham Garuda Yang Ego Ditempatnya

21 November 2011.. Malaysia telah mencatat sejarah sebagai pemenang pingat emas sukan sea dalam pasukan bola sepak di Indonesia.. Memperolehi keputusan seri Malaysia 1-1 Indonesia pada separuh masa pertama dan kedua.. Dibawa sehingga masa tambahan pertama dan kedua.. Akhirnya penentuan penalti sebagai pengakhiran.. Malaysia 4-3 Indonesia.. Syabas kepada skuad bola sepak Harimau Muda B23..


Malaysia vs Indonesia

Barisan Kesebelasan Utama Malaysia

Penyokong setia Malaysia


Meraikan kemenangan Negara


Kegembiraan pemain Malaysia selepas menewaskan Indonesia


'Apek' Khairul Fahmi Pemain terbaik bagi aku


Video Highlight Malaysia vs Indonesia


Bagi aku menang dan kalah tu adat pertandingan.. Tapi bila dah menang tu lebih rasa seronoknya.. Pulak main kat tempat lawan yang dah tentu kena psiko dengan penyokong mereka.. Tapi semakin lama aku tengok 'apek' dah dapat sesuai kan diri, maka dengan cemerlang nya dia menjaga gawang Malaysia.. Banyak percubaan yang dia gagalkan.. Tapi yang paling seronok bila masa penalti penentuan pemenang.. 2 gol dari pihak lawan dia dapat baca pergerakannya tetapi gol.. Teringat aku kat bekas penjaga gol Arsenal, Lehman yang dapat baca gerak-geri lawan.. Begitulah aku umpamakan.. Kepada semua pemain Malaysia tahniah kerana anda telah sekali lagi mengharumkan nama baik negara dan martabat bola sepak negara yang hampir pudar.. Tahniah di ucapkan..

 

21 Nov 2011

Di Pagi Hari Yang Mendung

Pagi yang mendung.. Seperti hari ini mengetahui luahan hati ini.. Pagi ni juga mood aku terus hilang.. Nak pegi kelas nak tak nak je.. Puncanya malam semalam.. Memang macam ni la kan nasib aku.. Banyak je halangan yang datang.. Satu per satu mula timbul.. Masalah lain belum reda timbul yang lain pulak.. Mungkin ini takdir.. Aku tahu Allah sedang menguji aku.. Kesabaran aku.. Ketabahan aku.. Pemikiran aku.. Terdaya ke tak hambaNya ini.. Segala halangan aku lalui dengan tabah..

Kadang-kala aku terasa cemburu dengan orang lain.. Tapi aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang.. Walaupun kehendak manusia melebihi keperluan.. Aku sentiasa pandang kebawah.. Jika pandang keatas sudah pasti lama diri ini hanyut dengan dunia.. Tapi ada juga suara kecil membisik menyatakan memberontak itu lebih baik.. Tapi aku tahu tiada apa yang harus aku lakukan dengan memberontak kerana aku mengetahui siapalah diriku yang sebenar.. Kenyataan itu adalah kenyataan dan bukan bayangan mahupun penipuan..

20 Nov 2011

Tentang Hutang

Kenapa manusia suka berhutang ?
Terutamanya orang Melayu yang beragama Islam.. Bukan aku nak memburukkan bangsa mahupun agama aku sendiri.. Tetapi ini kenyataan yang betul.. Lama aku memerhatikan.. Memberi hutang itu memang SUNAT.. Tapi bayar hutang itu adalah WAJIB.. Hukum Islam ni bukan aku main cakap je..

Tapi sekarang macam terbalik pulak aku tengok.. Memberi hutang pulak macam wajib dan membayar hutang itu pulak sunat.. Pernah tak korang tengok orang Melayu berhutang dikedai-kedai bangsa cina atau pun india ? ada ? Kalau ada pon mungkin 1/100..

Tapi cuba tengok orang bangsa Melayu yang hutang di kedai Melayu.. Samapai buku kira-kira kena buat balik(renew).. Pandai cakap tolong bangsa sendiri tambah-tambah yang susah.. Tapi bila dah senang buat dono(bodoh) je.. Ni lah Melayu.. Melayu mudah lupa ? bukan mudah lupa tetapi buat-buat lupa..

Jika dia(penghutang) ingat akan hutang, dia akan bayar sebab dia akan ikut hukum.. WAJIB bayar hutang.. Sampaikan ada kisah orang nak pinjam duit kepada seseorang.. "Bolehkah saya meminjam sedikit wang?" Maka si peminjam berkata "Adakah esok hari engakau masih bernafas untuk membayar hutangmu ?" Jadi si peminjam ini tak jadi meminjam kerana dia takut tak sempat untuk membayar hutangnya pada esok hari kerana ajal maut ditangan Allah..

Orang yang meninggal dunia tapi berhutang sebelum sempat melangsaikan hutangnya segala amalannya akan tergantung.. Rasulallah pon ada memberitahu kepada umatnya dahulu sebelum pergi berperang.. Orang yang berhutang tidak boleh pergi berperang sebelum sempat menjelaskan kesemua hutangnya.. Mesti korang semua fahamkan isi tersiratnya kan..

Jadi aku bukan nak memburukkan sesiapa.. Aku pon pernah berhutang.. Aku pon nak beringatkan diri aku ni juga supaya sedar.. Tapi aku pon nak kongsi kepada yang tak sedar-sedar tu supaya sedar.. Bak kata orang "Tangan yang memberi itu lebih elok daripada tangan yang menerima  " dan "Kalau nak memberi tuh jangan bagi tangan kiri tu nampak  " Sekian..

18 Nov 2011

Padanmukapadanmukapadanmukapadanmuka..


No Incoming Call..
No Outgoing Call..
No Inbox..
No Sent Item..
No Capture..
No Time..
No FM..

Nothing on me again..

Akukurangwarastanpanya..
Bilaharusberakhirakupontaktahulah..

14 Nov 2011

Malang Sungguh Nasib Aku Pagi Ini

Malang sungguh nasib pagi ni.. Mana tak nye.. Henset aku terendam dalam air lebih kurang lima saat cam tuh lah.. Macam kene rendam megi pulak aku tegok tadi.. Elok je meluncur masuk.. Ni kali kedua kene rendam.. Sob.. Sob.. Abes kena bukak semua.. Sekali hausing, bateri, memori ngan sim.. Abes.. Abes.. Peringatan kepada semua.. Kalau nak letak henset fikir dula kat mane harus diletakkan.. Kalau letakkan dipoket harus dibutangkan...


12 Nov 2011

Saya Hanya Ada Awak Seorang Sahaja

Sayang saya sayang awak..

Sayang..
Adakah awak masih marah pada saya ?
Adakah awak akan membenci saya selepas ini ?
Adakah awak akan meninggalkan saya seorang diri ?
Adakah awak akan pergi begitu saja tanpa memaafkan saya ?

Sayang..
Saya sangat merindui awak..
Saya merindui suara manja awak..
Saya merindui sifat cemburu awak..
Saya terlalu merindui awak tanpa awak sedari..

Sayang..
Tahukah awak saya ingin sentiasa awak disamping saya..
Tahukah awak bahawa saya sentiasa menunggu awak setiap hari..
Tahukah awak bahawa saya sentiasa menunggu balasan text dari awak..
Tahukah awak saya mempercayai awak sepenuhnya..

Sayang..
Mengapa buat saya macam ini ?
Mengapa awak seperti menjauhkan diri dari saya ?
Mengapa awak seperti tidak menghiraukan saya ?
Mengapa awak sangat dingin dengan saya ?

Sayang..
Saya tahu kita masih baru..
Saya tahu kita terlalu jauh..
Saya tahu kita tak tahu menahu hati masing-masing..
Saya tahu kita sama-sama masih belajar..

Sayang..
Saya hanya nak awak tahu saya merindui awak..
Saya nak awak tahu saya menginginkan awak dalam hidup saya..
Saya nak awak tahu saya memerlukan awak dalam hidup saya..
Saya ingin awak tahu saya mencintai awak seadanya..

Sayang..
Sudikah awak memaafkan saya ?
Sudikah awak bercakap dengan saya ?
Sudikah awak bersama saya kelak ?
Sudikah awak menerima saya kembali ?

Sayang..
Hati ini menjelaskan bahawa awak seorang sahaja yang dapat memulihkannya kembali seperti sedia kala...

Saya akan sentiasa menunggu awak..


10 Nov 2011

Okeh.. Saya sihat-sihat je..

Deman + Selsema.. Ish .. Dekat seminggu dah tak baik-baik.. Kali ni terperap je kat dalam bilik.. Nak jalan pon kena fikir banyak kali.. Bukannya lalu sangat nak bergerak.. Masa kat kampung kena hujan je.. Merayau ke hulu ke hilir.. Sekarang nah amek kau !! Diri sendiri yang kena.. Diri aku tak kesah la.. Kesiannya mak ngan bapak aku kena sekali.. Ish.. Bak kata cikgu aku dulu.. Setiap kali demam anti-body pada badan kita akan di renew balik.. So maknanya kalau badan kita tak sihat disebabkan anti-body kita dah lemah la kan.. Itu jawapan sains nya.. Jawapan agama pulak mungkin tuhan nak ingatkan aku jangan aktif sangat wat dosa kan.. Mungkin juga supaya beringat kepadaNya ketika tak sihat.. Menguji kesabaran aku.. Mungkin ada hikmah disebaliknya.. Tapi yang penting kesihatan orang tua aku.. Itu yang aku harapkan..



5 Nov 2011

Aktiviti Hari Ini

5 bulan Oktober.. Aku tiba di Perak Darul Ridzuan.. Tanah tumpahnya aku disini sebagai anak jati di negeri ini.. Dilahirkan dan dibesarkan disini.. Hampir sebulan lebih kakiku tak dijejakkan di tanah tercinta ini.. Kali ini aku sampai awal sedikit.. Bukan bas tuh pakai enjin skyline atau ferarri mahu pun mengenakan twin turbo.. Aku hanya menaiki kereta yang ditumpangkan oleh salah seorang pekerja (staff) ditempat aku belajar ini kerana kehabisan tiket dan disebabkan juga kelewatan serta kelembaban elaun masuk..

Sampai sahaja dirumah macam biasa, melepaskan rindu pada mak aku yang lama aku tak jumpa.. 2 a.m. Aku berjumpa dengan saudara-mara ku untuk memulakan aksi panaskan badan.. Seperti biasa bukan merempit, bukan bershuffle, mahupun main futsal.. Tapi hanya sekadar duduk depan lappy masing-masing untuk bermain DOTA (Defend Of The Ancient).. Hehe..

Petangnya 2 p.m. Aku memulakan langkah untuk bertolak ke Ipoh untuk mencari barang.. RAM, RJ45 dan ink printer aku.. Hanya ink sahaja dapat aku beli.. Yang lain masih dalam pemerhatian.. Hari Isnin ini aku terpaksa pergi ke Ipoh lagi.. Macam biasa pegi-balik bawak 100km/j.. Biasa la tu kan.. Nak jimat minyak sikit ngan nak cepat sampai..

6 p.m Menolong mak aku menyediakan semua bahan-bahan masakan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pada esok hari.. Rajin tak aku ? hahaha.. Samapi sekarang 8.50 p.m masih lagi menolong.. Ni pon tengah berehat sekejap.. Tuh yang update blog ni.. Saudara pon dah mesej malam ni macam biasa.. Berdota la lagi sampai pagi.. Padahal esok pagi nak sembahyang raya dengan aktiviti main daging lembu/kerbau(korban).. hehehe.. Itu jela aku nk post.. Nak kene buat banyak keje lagi ni.. Aku kan rajin.. Hahaha...


3 Nov 2011

Aku.......

Tatkala ketika aku balik ke bilik.. seperti biasa.. bukak lappy.. Selalu nya aku bermain game sekejap.. lepas tu akan terus tidur sampai ke maghrib.. Namun kali ini hati aku bercampur aduk.. Tidak tahu kenapa tiba-tiba hati ini terasa ada sesuatu yang tak kena.. Hati ini mengatakan bimbang akan sesuatu.. Namun aku tidak mengendahkannya.. Bukan sekali dua tetapi berulang kali..

Aku reda kan nya dengan memasang lagu supaya menghiburkan sedikit hati aku yang tak tentu arah.. Namun tidak berjaya juga memenangi hati ini.. Tanpa membuang masa aku menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang untuk menunaikan fardu Asar.. Walaupun perasaan ini pulih sedikit.. Namun tetap goyah.. Tiada punca, aku tak tahu.. Apa sebenarnya yang berlaku pada diri aku ini..

Aku cuba menenangkan dengan tidur.. Dibuai mimpi.. Disaat aku itu aku termimpi kan keluarga ku menyambut diriku pulang ke kampung halaman dengan hati yang gembira.. Terutama ibuku.. sudah lama aku tidak memelukmu dan mencium pipimu.. Setiap hari seperti hari-hari yang lalu.. Ayahku tersenyum melihat gelagat dan karenah ku, kakak ku hanya tersenyum dan tercegat di muka pintu.. Aku tersenyum dengan gembira.. Tapi apakah disebalik mimpi-mimpi ini ?

Tersedar dari tidur.. Hati ku bertambah sayu mengenangkan mimpi-mimpi tadi.. Tambah membuang masa aku mencapai tuala untuk mandi.. maghrib pon dah dekat.. Setapak demi setapak aku menuju ke bilik air.. Curahan air pancut yang deras dan sejuk membuat kan ku berasa kaku sebentar.. Tanpa ku sedari terdapat air yang mengalir melalui kedua-dua pipiku.. Agak suam-suam disebabkan bercampur dengan air sejuk tadi..

Baru ku sedari air mata aku mengalir mencurah-curah.. Tanpa sebab dan alasan.. Aku buntu.. Ku cuba mengesatnya.. Namun mencurah juga.. Aku terdiam sebentar sambil air yang mengalir membasahi tubuhku.. Apakah semua ini ? Baru aku berfikir.. Apakah disebalik mimpi tadi ? Dapatkah aku memeluk tubuh ibuku.. Sempatkah apa yang digambarkan dalam mimpiku tadi ? Adakah aku terlalu rindukan mereka sehingga terjadi sebegini.. Aku buntu.. Tak tahu lagi apa yang harus aku lakukan.. Dalam hati ini aku berbisik.. 'Ya Allah Kau temukan lah hambamu ini dengan ibunya dan keluarganya dengan selamat'.. Hanya Mu yang yang tentukan segalanya..

Walaupun hanya selang beberapa hari saja diriku pulang ke kampung.. Tapi hati ini megatakan ada sesuatu yang tidak kena.. Mungkinkah disana ? Atau mungkinkah disini jika ada sesuatu yang berlaku kepada diriku.. Hanya Kau yang Maha Mengetahui.. Aku hanya mampu berserah kepadaMu Ya Allah..











1 Nov 2011

Ping kan IP Address Untuk Broadband (3 step only)

Huarrghh.. Okeh, selamat pagi.. Disebabkan boring tak tahu nak wat apa dengan dah lama tak update kan.. Kat sini aku ada satu info untuk korang yang tak tahu bagaimana cara nak laju kan sedikit broadband korang walaupun kuota dah ABESS !! Tips ni untuk siapa yang tak tahu je.. Yang dah tahu lantak korang la.. Ada aku kesah.. hehe.. Nak cakap laju pon tak la sangat tapi boleh atas 100kbps(kilo bytes per second).. Tapi kalau tengah-tengah pagi sampai 1000kbps pon boleh (kuota 3GB punya).. Okeh kat bawah ni cara-cara nya.. Selamat mencuba..


note :
-sila abaikan simbol ' '
-Loading mungkin mengambil masa sedikit..

Langkah pertama :

-klik kat 'Start Button Windows', Lepas tuh taipkan 'run'



-Lepas dah keluar kotak 'run' tuh taip 'cmd' pulak.

-Nak lagi senang masa 'Klik Start Button Windows' tuh terus taip 'cmd'



Langkah Kedua :

-Maka akan keluar 1 kotak seperti dibawah iaitu dipanggil command prompt.


-Taipkan 'ipconfig'. Lepas tuh tekan 'Enter'.


-Maka dia akan keluar macam-macam.. Tapi rileks, jangan pening.. Korang hanya perlu cari
'IPv4 address' sahaja. Contohnya '11.123.145.123'.. Tapi korang tengok la korang punya. Bukan contoh ni okeh..

Langkah Ketiga :


-Taipkan ping<jarak><no.IPv4 address tadi><jarak>-t
-Contohnya  : ping 11.123.145.123 -t
-Lepas tuh klik 'Enter'
-Kalau jadi dia akan reply dan keluar ayat macam ni.







-Kalau tak keluar benda macam atas ni makna nya korang buat tak menjadi.. Cuba la lagi okeh..
-Tengok Statistik ni..



 SELAMAT MENCUBA !!