27 Jul 2012

Assalamualaikum. dan selamat malam.

Tengah duk khusyuk2 kemas rumah (Al maklumlah bersepah) tetiba terjumpa menatang ni. Korang twu tak apa menatang ni ?

( kiut tak nama gua. hahaha. )

Haa. ni zaman tok kaduk punya name tag. Benda ni aku pakai masa sekolah rendah dulu. Bayangkan berapa tahun benda ni dah ada aku simpan tanpa aku tahu. Sekarang 21 tahun. Aku pakai dari umur 7 atau 8 tahun macam tulah. Pergh.. Lama tuh kome. Masih elok dan boleh guna lagi. Yang ni dia pakai pin, tak macam sekarang pakai kain pastuh terus jahit kat baju.

Aku punya nama sekolah rendah dulu Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong. Pelik kan ? Biasa sekolah kampung. Banyak kenangan kat situ yang aku masih ingat lagi. Segar bugar. Hahaha. Okeh lah setakat ini saja entri dari aku. (lama tak update ^_^)

21 Jul 2012

Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012/1433H

Assalamualaikum.

Amacam puasa korang semua ? Lapar ? dahaga ? perut dah berbunyi ? haha. Baru 1 Ramadhan la semua kawan2. Baru saja permulaan Ramadhan. Kalau gini la gamaknya lingkup laa iman.. haha.

Okeh ! takyah banyak cerita la. kat sini aku ada sedia kan jadual berbuka puasa dan waktu imsak bagi semua wilayah semenanjung Malaysia dan juga Sabah Sarawk. Korang boleh tengok kt sini.

Johor
-Zon 1 :  Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
-Zon 2  :  Daerah Johor Bahru,Kota Tinggi,Mersing dan Pulau Ekatan
-Zon 3  :  Daerah Pontian dan Kluang
-Zon 4  :  Batu Pahat, Muar, Segamat dan Gemas Johor


Melaka
-Seluruh Negeri Melaka


Negeri Sembilan
-Zon 1  :  Jempol dan Tampin
-Zon 2  :  Seremban, Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah dan Jelebu


Wilayah Persekutuan
-Labuan
-Putrajaya
-Kuala Lumpur


Selangor
-Zon 1  :  Daerah Gombak, Petaling/Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang
-Zon 2  :  Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam


Pahang
-Zon 1  :  Pulau Tioman
-Zon 2  :  Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah
-Zon 3  :  Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut dan Bera
-Zon 4  :  Raub, Bentong dan Lipis
-Zon 5  :  Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi
-zon 6  :  Cameron Highland, Bukit Fraser, Genting Highland


Kelantan
-Zon 1  :  Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh,Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Daerah Ciku (Jajahan Gua Musang)
-Zon 2  :  Jajahan Jeli dan Gua Musang termasuk Daerah Galas dan Bertam


Terengganu
-Zon 1 :  Kuala Terengganu dan Marang
-Zon 2  :  Besut dan Setiu
-Zon 3  :  Hulu Terengganu
-Zon 4  :  Kemaman dan Dungun


Perak
-Zon 1  :  Tapah, Slim River dan Tanjung Malim
-Zon 2  :  Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar
-Zon 3  :  Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong
-Zon 4  :  Temengor dan Belum
-Zon 5  :  Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, ParitT, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor
-Zon 6  :  Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
-Zon 7  :  Bukit Larut


Pulau Pinang
-Seluruh Negeri Pulau Pinang


Kedah
-Zon 1  :  Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena
-Zon 2  :  Daerah Pendang, Kuala Muda dan Yan
-Zon 3  :  Daerah Padang Terap, Sik dan Baling
-Zon 4  :  Daerah Kulim dan Bandar Baharu
-Zon 5  :  Daerah Langkawi
-Zon 6  :  Puncak Gunung Jerai


Perlis
-Seluruh Negeri Perlis


Sabah
-Zon 1  :  Bahagian Sandakan (Timur),Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan,Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam
-Zon 2  :  Bahagian Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah
-Zon 3  :   Bahagian Tawau (Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan,Lahad Datu dan Kuna
-Zon 4  :  Bahagian Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan
-Zon 5  :  (Bahagian Kudat) Pulau Bangi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat
-Zon 6  :  Gunung Kinabalu (Ketinggian 4,101 M)
-Zon 7  :  (Bahagian Pantai Barat) Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar
-Zon 8  :  Bahagian Pedalaman (Atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan, dan Keningau
-Zon 9  :  Bahagian Pedalaman (Bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang


Sarawak
-Zon 1 :   Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas
-Zon 2  :  Niah, Bekenu, Miri, Sibuti, dan Marudi
-Zon 3  :  Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu
-Zon 4  :  Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu,Kanowit, Kapit dan Song
-Zon 5  :  Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rejang
-Zon 6  :  Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Debak
-Zon 7  :  Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam
-Zon 8  :  Kuching, Lundu, Bau dan Sematan
-Zon Khas

Harap korang boleh dapatkan semua waktu disini. Terima Kasih.

Yeah ! Kejap Lagi Puasa

Assalamualaikum.

Wahh. ramainya orang tak tidoq kat friend list Facebook aq nih. Nih semua pakat2 nak sahur buat pertama kali la nanti. Semua bersemangat aku tengok. Semangat2 pon jangan lupa nak niat puasa dulu kawan semua. nanti lupa. Agak2 nya apalah juadah sahur nanti eh ? makan je ingat. haha.

Puasa ni bukan sekadar tahan diri lapar ngan dahaga je. Iman kena juga puasa daripada nafsu. Puasa tuh puasa juga. ibadah lain jangan lupa tinggal. Rukun Islam pon sembahyang yang dahulu baru kemudian puasa di bulan ramdhan.

Semoga puasa kita diterima dan diberkati Allah. Amin.

16 Jul 2012

Projek Terbesar Bulan Ini

Morning !!

Okay. pagi ni aku nak cite sikit kisah projek aku. Projek aku ni beribu ribu oii. takda sikit2. oke maybe ribu Rupiah je kot. haha. Projek celik IT. Padahal nak jimat hidup je. Maybe longest LAN connection in village. muehehe. Projek kali ni aku buat hubungan LAN antara rumah aku dan saudara aku. Jaoh la juga. Dalam 75 meter. Haa.. jaoh tak ?


Ni dia punya LAN kabel. Tapi ni dh separuh pasang laa. Kalau tak pnjang lagi. Punya aku kira2 jarak dalam 70 meter. So aku up kan lg 10 meter. Jadi 80 meter sekarang. Masa beli cai2 ngan cina tuh up 2 meter lagi tak silap aku la. So semua ad 82meter +/-. Semeter singgit. ngam. Tapi kat Ipoh. Kt tempat aku RM1.50/m

Tapi sebelum aku wat projek ni aku explore ape yang patut. Contonya LAN connection setiap kabel jangan lebih 100m. Tapi kalau nak lebih maksima 300m dengan ada 2 switch/hub dari point. Erti lain dia kena repeat la. Paam ? Aku pon mula2 pening sikit sebab aku belajar bukan bidang ni (Rangkaian). Aku bidang Multimedia. Ape guna kemudahan internet untuk mencari ilmu kan ? Projek hampir 85% siap. Tapi dah bole guna kan. DOTA is First. muehehe. Okay takat ni saja entri aku.

#LAN-Local Area Network

15 Jul 2012

Pratikal Aku (Part 2)

Selamat Pagi.

Okeh. Kali ni aku nak sambung entri yang lepas. Mengenai tempat pratikal aku. La ni dah 2 minggu aku pratikal kat situ. Hari isnin ni baru tarikh sebenar aku kena masuk pratikal. Banyak benda yang aku kena buat. Biasalah kat situ aku ngan cikgu ja yang design. Banyak design yang telah aku reka. Dah macam2 bentuk. Haha.

Oke. Pic bawah ni tempat dia. Amacam ? Ad macam Titanic nak karam tak ? hehe. Ni lah kedai dia, tak besar mana pon. Tapi apa yang aku dah lalui 2 minggu ni memang selalu ada customer datang. Kecik2 pon hebat la. Dari merata tempat customer datang.



Yang pic kedua ni mesin plotter (printer yang besar). Banner, banting semua print kat sini. Lebar dia ada la lebih kurang 10 kaki lebih. Harga dia mak aku tanya tokey RM 70,000 aku tak tanya lagi pon. Haha. Tapi ni tahun2 yang sebelum ni. Kalau sekarang mau mencecah RM 75-80 riban ada kot. Ink CMYK. Senang citer merah, biru, kuning hitam, plus ada clear (pencuci) RM2000. Hahaha. geleng kepala aku kejap.



Pic yang ketiga ni untuk mesin sticker. Mesin ni wat potong2 font untuk diletak kan kat signboard / papantanda. Best aku tengok mesin ni wat keja. Dia follow ja font yang kita design. Mesin ni kat dalam bilik. Tempat aku wat keja. 




Satu ja aku nak cakap. Memang best aku kat sini. Cuma satu ja. PC macam siput. Tapi connection internet dia memang gempak. haha. Sampai aku cek hard disk semua PC penuh ja. Penuh ngan design. Oke la ni ja aku dapat kongsi kan dengan korang semua. Kepada semua kawan2 aku hari isnin ni 16/7 kita semua start pratikal. Good Luck ja aku mampu cakap.

9 Jul 2012

Seminggu Dah Berlalu.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Entri kali ni aku nak citer kisah pasal pratikal aku. Cuti semester pon dah 2 minggu. tak lama lagi senior aku masuk penjara laa.. hahaha.. Haa.. hari ni cukup seminggu aku pratikal walaupun 16/7 ni baru start nak masuk. Tapi boss suruh lepak2 kt kedai dia. Belajar apa yang patut. Lagi pon aku kat uma makan tido. Dah naik tough dah badan aku ni.. hehe. Aku pratikal kat tempat buat2 banner ngan banting serta sewaktu dengannya. Kedai tak la besau sangat, cuma biasa ja. First time masuk aku tengok sekelililng. PERGHH !! bersepah ! hahaha. Bau ink plotter(printer yang besar) yang kurang agak menyenangkan. Tapi aku tak kesah pon sebab 6 bulan aku kat situ nanti.

Boss aku sempoi gile. serius aku cakap. Seorang Melayu dan seorang guru kaunseling kat bekas sekolah menengah aku dulu. Tapi masa aku ada dia takda lagi. Dia baru pindah situ. Kat situ aku ngan sorang jela pekerja dia full time. Yang part time belambak kalau keje banyak boss panggil.

Masuk ? Dia suruh masuk 9.30 pagi. Tapi anak buah dia bukak kul 10 lebih. hehe. syuutt. diam. Tapi hari kedua hari tuh pukul 11 lebih. haha. Biasalah wat keja sampai pagi2 buta orang tempah lambat, siap nak cepat. Terdesak lah. So terpaksa aku tggu diorang bukak kedai. Aku balik pukul 5.30 petang. Tapi kalau ada keja aku setel kan kt situ sampai siap. Tapi takda la sampai malam. Biasa lah aku kan rajin.. muehehehe.. Oke la sampai sini jelah. esok aku sambung lagi entri ni. TATA.

7 Jul 2012

Kesian Engkau wahai Kebab

Opps..

Gila ke apa aku nih post pagi - pagi cenggini. Oke sebenarnya aku baru balik dari lepak ngan saudara aku. Ni la aktiviti yang biasa. Lepak siber kafe, makan, sembang dan +++. Balik rumah tetiba pulak lapar, so pi bukak peti ais ada kebab. Perghh !! ngapp. xyah banyak cakap. Hehe. Lagi pun sok cuti aku free. tak payah nak pegi pratikal. Dalam otak set bangun lambat.. Jam pon dah masuk 4.30 pagi. mata pon dah layu kuyu. Niteee~..

4 Jul 2012

Congrat To Spain

Haha. Aku rasa tak terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan SPAIN dan tak juga lupa aku ingin mengucapkan takzaiah kepada pasukan ITALY. Apa pun aku sangat terpegun melihat SPAIN bermain. Memang ayam la ITALY aku nak anggapkan. 4-0 Wow ! Gilak ! Memang terbaik. Dah la menang FIFA South Affrica hari tuh. Ni plak EURO.



Pada mulanya aku tak berapa nak yakin SPAIN boleh menang selesa. Kalau nak dibandingkan dia orang suka main buang bola. Maksud aku bila depan gol je kena rampas ! tak nak try langsung. So rugi. Tapi aku musykil la kt ITALY, hari tuh lawan ngan GERMANY. Semua pemain GERMANY macam bodoh je tak nak main, kecuali penjaga gol bersemangat. Lagi satu yang peliknya time ITALY vs GERMANY kalau korang ada perasan la dekat lengan setiap pemain ada kain bewarna hitam.


Masa lawan SPAIN sorang pon tak pakai. Punca ITALY kalah adakah disebabkan benda itu ? hahahaha.

#P/S : saya penyokong pasukan GERMANY. Walaupun kalah tapi tetap dihati. ^_^

3 Jul 2012

Kemas kini

Assalamualaikum !!

Haa.. Okay ! Kalau tak silap aku dah lima bulan tak sentuh blog nih. Tangan pon dah gatal kan.. Lima bulan yang lepas bukan aku menghilang, cuma sebok(saja buat2 busy) dengan urusan sana sini. Al maklumlah, semester tiga. Final projek, cari tempat pratikal, final exam, bla. bla. bla.. oke aku tipu. Amacam mukabaru blog aku ?

Fuh ! penat teman nak memikio nye kome(bahasa perak) header blog ni. Ni pon balon jela asal kan nampak tersusun. Okay itu saja. ^_^