29 Dec 2011

Jika Ada Dua Pilihan..

Seandainya hidup ini ditentukan oleh pilihan..
Diantara memilih kesenangan dan juga kepayahan..


Akan ku pilih kepayahan..
Kerana aku tidak mahu orang yang aku sayang melaluinya..

Akan ku pilih kepayahan..
Kerana aku sudah lama dengan perkara-perkara begitu..

Akan ku pilih kepayahan..
Kerana kesenangan akan bermula daripada dengan kepayahan..

Akan ku pilih kepayahan..
Kerana kepayahan akan membuat diri aku sentiasa berfikir..

Akan ku pilih kepayahan..
Kerana kepayahan itu membuatkan aku berfikir siapa aku..

Akan ku pilih kepayahan..
Kerana kepayahan akan membuatkan aku bersabar..

Akan ku pilih kepayahan..
" Kerana kepayahan itu sebahagian jalan cerita kehidupanku "

18 Dec 2011

Tiada Beza

Petang itu aku mula berfikir lagi..

Semasa aku sedang menunggu bas..
Aku terpandang seorang perempuan..

Perempuan Melayu Yang Beragama Islam..
-Tidak menutup aurat..
-Tidak bertudung..
-Rambut berwarna perang..
-Memakai skirt pendek..
-Pakaian ketat..

Pelancong Perempuan (Orang Putih)
-Tidak menutup aurat..
-Tidak bertudung..
-Rambut berwarna perang..
-Memakai skirt pendek..
-Pakaian ketat..

*Jadi bagi aku tiada perbezaan diantara perempuan melayu tersebut dengan perempuan mat saleh tu.. Mungkin dari agama yang membezakan.. Melayu Islam dengan orang bukan Islam..

*Adakah si suami bersifat Dayuz sehingga sanggup membiarkan si isteri berpakaian seperti itu.. Si suami seperti dungu dalam bab agama.. Dari situ aku membezakan suami isteri melayu Islam dan suami isteri orang bukan Islam.. Tiada yang beza..

*Pelancong tu pulak duduk betul-betul dibelakang pasangan melayu Islam tersebut.. Aku dapat perhatikan isteri mat saleh tadi asyik pandang  isteri lelaki melayu Islam ni..

*Inikah yang dipanggilkan Islam ?

#p/s : Walaupun aku ni tak la  baik sangat, tapi aku sebagai orang Islam disitu aku tetap ada perasaan malu pada pelancong tersebut walaupun diorang 'hilang' perasaan malu tu..

11 Dec 2011

Petang Ini

Petang yang dingin..
Aku meringankan tangan..
Mencoretkan sedikit entri merapu..
Bukan untuk dikongsikan atau diceritakan..
Tapi sekadar meluahkan perasaan aku yang terbuku..

Cuaca hari ini umpama seperti jiwaku..
Seperti ianya tahu perasaan aku lalui sekarang..
Dari pagi sampai ke petang umpama memahamiku..
Tiada corak mahupun warna yang terang mewarnaiku..
Tiada tujuan mahupun perasaan untuk akhir-akhir ini..

Kali ini aku ingin lalui lorong itu seorang diri..
Biarlah lorong itu gelap dan sunyi sepi tiada siapa..
Mungkin titisan-titisan air yang akan meracuni diriku ini..
Akanku tetap laluinya juga sehingga sampai ke penghujungnya..
Walaupun bayangan aku sendiri menakutkan aku untuk mematahkannya..

Suara-suara kecil membisik..
Namun hati ini dapat menapis..
Baik dan buruk telah ku dikenalpasti..
Ilmu yang ada akan digunakan sebaik-baiknya..
Semoga hidupku tiada pendusta mahupun pemanis kata..

Biarkan lah aku sendiri..
Mencari apa yang ku tidak temui lagi..
Mungkin ini yang tercatit disejak azali..
Suka dan duka telah aku lalui dengan sendiri..
Mencari sesuatu yang sungguh ku tak pasti apakah ini..

Terima Kasih Sahabatku Semua

Sahabat..
Terima kasih saya nak ucapkan pada awak..
Tak tahu bagaimana nak lakukan untuk berterima kasih itu..

-Kerana awak buat saya tersedar dari lamunan..
-Kerana awak buat saya terjaga dari mimpi..
-Kerana awak buat saya berfikir untuk hidup hari-hari berikutnya..

-Baru aku tahu aku telah jauh menyimpang dari landasan yang sepatutnya..
-Baru aku tahu aku hanya mementingkan diri..
-Baru aku tahu aku telah banyak membuang masa..

-Aku tak sepatutnya menaruh harapan sepenuhnya..
-Aku tak sepatutnya mengikut kata hati yang bercelaru..
-Aku tak sepatutnya mempercayai kata-kata seeorang tanpa kenal isi budi hatinya..

-Harapan yang ingin dikongsikan hancur lebur sekelip mata..
-Harapan yang diharap-harapkan musnah tanpa sedikit pon yang tinggal..
-Harapan yang ingin dikongsikan bersama sudah tiada lagi..

-Sahabat selama ini awak telah menyalakan senyuman dari diri saya..
-Sahabat selama ini awak membuat saya tersenyum dengan sikap awak..
-Sahabat selama ini awak buat saya rasa dunia ini penuh dengan keseronokan..

-Betul kata awak sahabat itu lebih memudahakan..
-Betul kata ayah tiada perlu sahabat sejati didalam diri kita..
-Betul kata ibu jangan mempercayai sahabat yang merosakkan kita..

-Tapi bagi aku sahabat itu buatkan aku ceria..
-Tapi bagi aku sahabat itu buatkan aku lebih berani..
-Tapi bagi aku sahabat itu buatkan aku lebih berdikari dan berdiri dikaki sendiri..

-Disebabkan sahabat juga aku menangis seorang diri..
-Disebabkan sahabat juga aku kecewa..
-Disebabkan sahabat juga aku suka berdiam diri seorang diri..

-Pernah berjanji untuk bersama walau apa berlaku..
-Pernah berjanji untuk mengecapi kejayaan bersama..
-Pernah berjanji untuk mengahadapi masa yang akan mendatang bersama..

-Malahan kata-kata awak hanya mainan..
-Malahan kata-kata awak hanya dusta..
-Malahan kata-kata awak hanya untuk menyedapkan diri saya ini..

-Aku tertipu..
-Aku ditipu..
-Atau aku yang bodoh..

-Terima kasih sahabat..
-Terima kasih sahabat..
-Dan terima kasih sahabat..

6 Dec 2011

Tiada Hala Tuju

Esok.. Esok adalah hari kedua final exam bagi aku.. Susah.. Bukan susah tak baca.. Tapi soklan yang membunuh.. Tiada didalam nota.. Tiada didalam buku perpustakaan.. Tapi hanya ada di google saja.. Itu ibaratnya.. Tidak sesusah soklan aku di politeknik dulu.. Mudah untuk dijawab.. Empat atau lima subjek digabungkan kepada satu peperiksaan.. Bayangkan..

Janji tetap janji.. Itu antara aku ngan mak aku.. Kali ni tiada kecewa kali kedua.. Cukuplah sekali.. Rugi memang terlalu rugi.. Tapi demi masa depan aku rasa keputusan aku adalah betul.. Jika aku masih di tempat yang sama tidak mungkin aku dapat ilmu sebanyak ini.. Kawan seramai mungkin.. Senior dan junior tiada jurang perbezaan.. Hanya peraturan yang mengacau-bilaukan keadaan sekeliling..

Ini sem yang kedua.. Lagi dua sem harus aku tempoh.. Sem depan dan juga sem Li atau pratikal.. Lepas ini mana harus aku tuju seterusnya aku pon tak tahu.. Sambung lagi atau kerja.. Impian aku mungkin tak akan tercapai.. Tapi aku harus mecuba untuk mencapai impian yang aku impikan selama ini.. Hanya Allah yang menentukan.. Aku hanya merancang..

2 Dec 2011

Hanya Sebahagian Coretan

Pagi yang dingin.. Hujan lebat yang turun.. Mata masih belum meminta untuk dipejamkan lagi.. Fikiran umpama pemprosesan yang memproses seribu satu perkara.. Meminta-minta untuk dipadamkan satu persatu.. Namun umpama tiada istilah butang padam yang tertera untuk ditekan.. Aku tahu banyak benda yang sia-sia aku lakukan selama ini.. Hanya beberapa saja perkara yang berfaedah yang boleh aku ingat..

Tiada tempat untuk mengadu.. Tiada siapa yang akan dapat memahami jika aku luahkan.. Disebabkan itu juga aku telah belajar untuk menipu diri sendiri.. Banyak sangat.. Terlalu banyak.. Mungkin aku ditakdirkan sebegini.. Aku hanya manusia biasa.. Hanya pendam peasaan didalam hati.. Terluka dan terubat hanya seketika.. Susah untuk aku bergembira walaupun zahir melahirkannya.. Namun batin aku sebaliknya..

Aku tahu.. Semua orang ada hak.. Tapi aku.. Umpama merempat di negeri sendiri.. Tiada sokongan.. Tiada suara-suara semangat.. Hanya sindiran dan teguran yang aku dapat.. Aku terima jika semua membenci.. Kerana aku bukan siapa-siapa diatas muka bumi ini.. Hanya khaifah yang diutuskan supaya mentaati, mempercayai serta mengamalkan 5 dan 6 perkara.. Itulah aku.. Aku ingin cepat jika semua cukup.. Tapi aku sangat takut menunggu saat yang paling ditakuti setiap manusia untuk pertama dan terakhir kalinya..

Keluhan dan resahan hanya sekadar melalui pendengaran kanan ke kiri atau sebaliknya.. Rasa yang dilalui hanya aku rahsiakannya.. Biarlah mereka bergembira.. Biarlah mereka seronok.. Mungkin ada kaitan yang aku lalui sekarang sama yang dilalui oleh salah seorang daripada mereka.. Aku hanya menunggu saat yang cemas itu.. Kalau boleh aku tidak mahu menyusahkan orang lain.. Biarlah aku lalui seorang diri.. Sisa-sisa hidup ini harus diteruskan supaya seorang pon tidak syak wasangka kepada diriku apa yang aku lalui..


p/s: Akusangatkecewadenganapayangterjadi..

1 Dec 2011

Asalamualaikum semua..

Baiklah entry kali ni aku nak sahare sikit pasal orang yang tak sedar diri.. Seorang lelaki.. Pii Chipsmore nama nick dia.. hahaha.. (Aku la tuh).. Sebab apa aku cerita pasal diri aku ? Sebab aku tak tahu nak cerita keburukkan orang.. Sebab aku tak pandai cari kelemahan orang.. Jadi baik aku cerita pasa diri aku.. Jadi takde kena mengena yang hidup atau yang mati.. Hehe.. Aku tak sedar diri sebab nak final exam minggu depan.. Tapi busy dengan DOTA.. Dengan kerja-kerja kursus yang tak Setelkan sempat lagi aku ngan member-member berFight DOTA.. Ape la aku nak jawap final nanti kan ? Huhu.. Minggu ni kena pulun habes-habes la kan.. Kalau boleh nak 4flet.. Hahaha.. Okeh la itu je aku nak kongsi ngan korang semua..