27 May 2013

Cerita Panggung Fast and Furious 6

Assalamualaikum.

Kali ini aku nak citer sikit pasal movie dan panggung.. Haa.. mesti pelik kan tak pernah2 aku citer pasal movie nih.. Mungkin ini yang pertama kot.. Hehe.. Siapa yang dah tengok Fast And Furious 6 ? Korang rasa best tak ? Bagi aku best dia punya aksi stunt.. Tapi jalan cerita agak bosan sikit sebab kurangnya aksi berlumba.. Sebelum ni pon FAF5 pon agak kurang aksi berlumba.. Hanya membuat strategi untuk menciplak berjuta - juta billion dollar.. Walaupun jalan cerita  dia bagi aku bosan pada permulaan tapi memang terbaik pada pertengahan dan kemuncak dia.. Bak kata orang 'feel' dia biasa mula2.. kemudian layan sikit.. biasa balik.. dan last sekali gempak..

Bagi aku aksi paling best sekali dalam jalan cerita ni masa Toretto (Vin Desel) menyelamatkan Letty (Michelle rodriguez) dekat atas jambatan masa kereta kebal nak terbalik.. Perghh !! Memang cantik dia punya scene dengan shot dia.. Cerita ni pon kadang2 ada lawak juga.. 2 orang berkulit gelap Roman (Tyrese Gibson) dengan Tej (Ludacris) buat watak bangang diorang.. Dari mula sampai la ending cerita..



Cerita Fast And Furious ni memang lama aku follow.. Sebab dia punya cerita melibatkan perlumbaan kereta.. Dan paling best bila kereta lama old school atau (muscle) lumba dengan kereta baru.. Siap2 modifikasi yang gempak.. Aksi diorang lagi nampak real  bila berlanggar.. Memang teknik CGI diorang tinggi sebab kepakaran dan peralatan.. Kalau Malaysia ? Huh ! Bukan nak kritik tapi api kereta terbakar pon nampak kartun.. Apa lagi babak yang melibatkan kerugian yang tinggi ? Hahaha..

Sebenarnya cerita ni esok nak keluar kat panggung malam tuh aku dah tengok.. Haa ? Pelik kan ? Biasalah pirate download maa.. Tapi gambar tak cantik  sangat laa.. Kadang2 blur.. Kadang2 kamera lari2.. Kadang2 ada orang bangun berjalan.. Haha.. Biasalah tuh.. Nama pon percuma.. Tapi hari lusanya aku balik kampung kawan pulak ajak tengok kat wayang.. Citer mula pukul 3 petang.. Kitaorang masuk 3 suku macam tuh.. Aku tak heran laa sebab aku dah tengok.. Dan hari itu jugalah aku pertama kali tengok wayang di tempat aku yang baru bukak dekat Kampar, Perak.. Bilik tonton ada banyak juga laa.. Tapi tempat takde laa besar sangat.. Gambar pon cantik.. Cuma audio dia kurang sikit laa.. Bagi aku laa.. Sebab lain macam aku dengar dia punya sistem audio..

Dan terakhir sekali mungkin akan ada Fast and Furious 7 pulak.. Sebab diaorang rewind ke Fast and Furious Tokyo Drift masa kereta Rx7 Han Lue (Sung Kang) terbalik.. Jadi kita tunggu jelah.. Haha.. Okeh selamat malam..


17 May 2013

Multiple Camera Production Crew Selama 3 Hari

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Buta !!

Hahaha.. (gelak jap pasal lama tak update post) Waduhh.. Minggu yang sangat sibuk.. Bukan pasal PRU13.. Tapi sebagai MCP pada suatu program.. Apa itu MCP ? Haa.. Aku pon baru tau menatang nih..  Multiple Camera Production.. Ni lah pertama kali pertama aku menjadi sebahagian ahlinya.. Secara langsung kot.. Dan ini kali kedua aku menjadi MCP secara tak langsung.. Siapa yang belajar Multimedia mesti tau istilah "online" dengan "offline"

Menjadi ahli selama 3 hari 2 malam di Nogori.. Haaa.. Lokasi Institut Latihan Perindustrian Pedas, Negeri Sembilan.. Mengendalikan acara Robocon.. Kebanyakan Institut bawah Jabatan Tenaga Manusia turun padang semua untuk tunjuk bakat robot masing2.. Macam2 bentuk ada.. Haha..

Oke beralih ke MCP tadi.. Baru aku tahu macam mana diorang bekerja.. Kalau sehari 'on' je kot.. Tapi kalau 3 hari macam aku kena ni dengan krew yang tak cukup.. Mampus penat.. Letak kepala je terus lentok.. haha.. Jap.. Jap.. Jap.. Ini bukan kerja luar.. Aku tolong pensyarah aku.. Ditemani 3 orang member sekelasku.. Dan 2 orang pensyarah.. Nasib baik jenis yang masuk air.. Tiap2 hari gelak je walaupun penat..
Itu pon nasib baik ada 2 orang pensyarah dari situ dengan 3 orang pensyarah dari institut tolong sekali..

Kerja kami tangkap video secara langsung dengan berbekalkan 4 buah kamera.. 4 roll kabel.. Dan lain2.. (nak tulih satu2 sampai sok pagi belum tentu habis).. Dalam bilik tuh penuh barang2 kamera dengan kabel.. Serabai je kalau tengok.. Hahaha.. Cameraman sentiasa bertukar tangan.. Kalau tak memang mati kejang pegang kamera.. Hehehe..

Mandi tak mandi je rasanya.. Tidur jangan cakap la kalau tak sah selepas pukul 1 pagi.. Bedengkur je semua tidur.. Termasuk aku kot.. Hahaha.. 2 hari balik pon rasa penat tak hilang lagi.. Balik je teruih demam.. Selsema.. Meleleh je hingus.. Hahaha.. Takpa ilmu yang dapat takkan hilang.. Penat boleh hilang bila cukup rehat.. Betul ? Oke aku nak tidur dulu.. pukul 3 pagi dah ni.. Esok kelas.. Ni taip pon hingus meleleh lagi.. Hahaha.. Papai..

Assalamualaikum..


22 Apr 2013

Assignment Saya Pada Petang Ini

Assalamualaikum..

Selamat petang semua.. Haa.. Pelik kan korang aku update post waktu petang2 camnih.. Yela mana tak nya.. Semangat hari Isnin masuk kelas.. Last2.. Pensyarah tak datang.. Begitu hampa umpama ayam 'berak kapur'.. Hahaha.. Padahal 'talam dua muka' betul aku nih kan.. Jadi daripada aku takde buat ape2 aku pon buka tepon aku yang comel nih untuk bermain game 'Unblock Me'..

Haa.. Siapa pernah dengar atau bermain ?


Cuba korang bayangkan.. Dari level 800 aku main..


Sampai la ke level 1000.. Yeah.. Begitulah boringnya hidup ini tanpa awek.. (Walaupun tiada kena mengena) Hahaha..

Tapi aku pelik laa.. Apasal level dia Beginner je ? Takde yang 'Hard Core' ke ? Aku dah la Profesional.. Main takat 'ayam'.. Wakakkaka.. (Berlagak betul aku nih..)  Jadi  akhir kata majulah game untuk negara.. Bosan3 woii..


7 Apr 2013

Videographer 7 Jam

Assalamualaikum..

Selamat malam dan selamat berhujung minggu.. Fuhh.. Penat kaki serta tangan aku.. Kenapa ? Haa.. Cek nak habaq la ni.. Tadi ceq cari pengalaman jadi videographer.. Haha.. Lawak kan ? Dengan photographer pon selama ini terkial - kial ada hati nak jadi videographer kan ceq nih.. Hehe.. Takpa biar bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian..

Sebenarnya aku tolong lecture aku buat kerja nih.. Berbekalkan 2 HD Sony kamera dan diuruskan oleh 4 orang je dan 2 orang setiap satu kamera.. Tapi yang peliknya lecture aku mula2 je dia ada.. Pastuh menghilangkan diri sampai ke nak habis event.. Nampak tak permainan dia ? Hahaha..

Hampir 7 jam kitaorang buat job tuh.. Tapi yang penting layanan sebagai videographer pon dah macam VVIP.. Makan itu penting.. Duit poket langsung tak keluar hari nih.. Sebab ? Semua percuma.. Haha.. Event tuh pon dekat je dengan tempat aku.. Sekolah Menengah Sains Banting, Selangor.. Orang Selangor mesti tau punya la.. Dari tempat aku tak sampai 10 minit.. Boleh dikatakan seperti sketsa pendek laa antara sekolah2 bertanding.. Yang bestnya diorang semua speaking.. Jadi aku pon nganga ngan tak jela dengar.. hahaha.. Bukan tak faham, cuma dalam dewan jadi suara bergema.. Ada jelas ada tak (nak cover).. Hehe..

Bagi aku penat aku letak tepi dan hujung sekali.. Tapi yang penting experience.. YES !! Pengalaman mana nak dapat.. Walaupun event tak besar mana tapi cukup laa nak uruskan sebiji kamera dengan kena guna manual zoom dan manual focus.. Jari jemari ni memang tak stop nak cari sharp focus untuk peserta.. Walawehh..

Oke hanya itu saja aku dapat ceritakan..
Wasalam..

30 Mar 2013

First Short Filem 'Kau Ku Pateni'

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya Jumaat juga.. Hehe.. Cuti lerr.. Minggu ni memang sibuk bagi aku dan budak2 kelas aku.. Kenapa ? Shooting laa.. Semua tunjuk bakat dan kemahiran masing2.. Mengalahkan satu produksi Hollywood mau pon Bollywood.. Tapi ternyata Kayuwood.. Kehkehkeh.. Walaupun Penasihat (lecture) takda disebabkan busy atau buat2 busy jadi kena handle kan semua sendiri.. Rileks.. Cerita ni tak masuk kat TV pon.. Apatah lagi RTM atau stesyen berbayar seperti TV3 dan juga Astro.. CD atau DVD cetak rompak itu mungkin la.. Tak pon Youtube.. Hahaha..


Tengok gambar kat atas nih.. Nama yang nombor 4 nun.. Rafi.. As Asst. Cameraman.. Memang la tak penting sangat sebab shooting biasa je.. Kalau betul2 shooting mau mampus.. Haha.. Tugas aku cuma setup set kamera dengan pasang tripod.. Lepas tuh lepak.. Hahaha.. Tapi dua hari terus ni jalan sana sini kejang jugak kaki kiri aku nih angkat tripod.. Macam angkat rifle sniper je yang memanjang.. Kalau ikut kan banyak lagi nama2 dengan kerja masing2.. Tapi libatkan kelas kitaorang je.. Jadi buat sesimple boleh.. Peace !!


Haa.. Yang nih Konti.. Ada 1 scene tuh sampai 14 take kalau tak silap aku.. Biasalah, pelakon dari kalangan kawan2 sekelas sendiri.. Gelak je memanjang.. Lupa skrip.. Tersasul.. Lumrah.. Kalau korang nak jadi pelakon aku syor kan korang mempunyai daya ingatan yang baik okeh.. Lepas tuh kena tahan gelak..


Aku bersama The Making Of punya orang.. Dia juga Asst. Fotographer.. Kan aku cakap tadi orang tak cukup.. Jadi ada kena kerja bertindih..


Salah satu watak yang kena pukul.. Ni kerja Make-up.. Darah tiruan buat sendiri ni bau pon boleh tahan.. Perit hidung..


Aku sebagai Asst Cameraman dan juga Cameraman.. Ni salah satu adegan kena pukul.. Korang nampak aku pegang kayu tuh ?

Jadi ni je antara 1 ribu lebih gambar aku upload.. Bayangkan 2 hari 1 ribu keping gambar fotografer ambil gambar.. Itu baru guna 2 biji kamera DSLR.. Ikut kan ada 5 DSLR.. Tapi yang utama pakai 2 ja.. Tajuk Short Filem 'Kau Ku Pateni'.. Dan ini bukan idea aku dan jangan tanya aku tajuk dia okeh.. Hahaha.. Oke kalau ada masa dan siap semua Insyallah aku upload kan video dia..

Wasalam..



21 Mar 2013

ICE (Innovation Creativity Exibition 1/2013)

Assalamualaikum dan Selamat Malam..

Fuhh ! Fuhh ! (Tiup habuk jap) Maklumlah lama tak lepak blog.. Hehehe..
Baiklah tanpa buang masa aku nak share sikit fasal event hari ini.. ICE (Innovation Creativity Exibition) yang telah berlangsung selama sehari di tempat aku belajar.. Sebenarnya ianya mempromosikan hasil kerja projek akhir bagi semester akhir. Berjalan selama sehari dan disertai semua semester akhir sahaja oke.

Jadi aku tak terlibat ? Ya aku pon secara tak langsung terlibat sama. Kerana setiap poster dan hasil2 untuk mempromosikan projek mereka kelas aku pun turut terlibat. Tapi bukan projek kami, ianya hanya sebagai tugasan yang diberikan awal semester. Lagi memeriahkan event institusi berdekatan turut hadir.

Eloknya dewan yang dingin kembali hangat kerana sesak. Jadi aku pon blah dari situ awal. Jadi itu jelah dapat aku sampaikan.

#Agak2 sok giliran aku pulak aku nak wat trailer cam Transformer... Kehkehkeh..  Adoii nak pakai idea manalah nanti..  -_____-''

























27 Feb 2013

Poster 'Rock OO' GGKB

Assalamualaikum..

Hok aloh lama tak update post.. Bersawang kot.. Hehe.. Sebenarnya takde modal pon nak update tiap2 hari.. Biasalah, bukannya femes pon blog saya.. Haha.. Ayat pasrah.. Kali ini punya post aku nak kongsi sikit pasal event yang dianjurkan oleh GGKB dekat Facebook.. Apa itu ? Gerak Gempur Kuku Besi (link).. Bukan event besar pon.. Cuma buat satu poster untuk 'Rock OO' arahan Mamat Khalid.. Kenal ? Ala selalu kat Maharaja Lawak jadi juri selalu gagap.. 'Abang.. Abang.. errr Abang...' Hahaha.. gurau jela..

Padahal aku taktau pon ada event tuh.. Jadi member IM kat Facebook ajak join.. Dengan rasa nak tak nak nak tak nak hati terasa nak cuba.. Tapi sekali tengok diorang punya design poster ada umphh kot.. Dengan effect tersendiri.. Kalah aku punya design yang tak seberapa.. Event tuh takla besar menang dapat 5 atau 10 ribu.. Tak silap aku hadiah takde melibatkan wang pon.. Tapi aku join sebab nak cuba kreativiti sendiri kan..

Apa pon terima kasih laa kepada member aku kerana mengajak aku join..

Ni la hasil tak seberapa aku buat.. Simple.. Yang pasti gambar Que Haidar aku main dia punya warna sikit je.. Hahaha.. "Rock o0o0o0"



Kalau sedap mata memandang boleh laa 'like'
Kalau tak menyedapkan mata memandang 'dislike' (walaupun takde button dislike) kekekeke..

3 Feb 2013

Aku Bersyukur

Assalamualaikum..

Tetiba pulak rajin nak conteng dinding post ni.. Tak tahu la sebab apa pagi ni.. Tapi lama aku nak post benda alah ni.. Selagi tak post macam tak tenteram Hidup.. Bersyukur.. Yup.. Pagi ni aku nak kongsi sikit tentang perjalan hidup aku disini..

Kadang2 terfikir mengapa aku dilahirkan didunia ini.. Yup.. Yang aku tahu semasa roh ditiupkan untuk menuju ke jasad aku (kita) telah pon berjanji dengan Pencipta Yang Agung.. Tapi kadang2 aku terfikir kenapa aku amat payah untuk taat seketika kepadaNya ? Kenapa aku degil ? Kenapa aku langsung tidak bersyukur kepadaNya keatas setiap pemberian yang dimiliki walaupun seketika.. Tapi kesemua itu ingin aku jadikan masa silam sehingga pada ketika waktu itu.. Air mata kedua orang tuaku jatuh  diatas sebabkan individu tertentu.. Tapi kenapa Tuhan beri aku  dugaan hidup sebesar itu ? Selama perjalanan hidup aku itulah yang terbesar perlu aku jalani.. Dan tatkala itu juga aku beria2 untuk meminta pertolongan daripadaNya.. Tapi sekarang aku bongkak kembali kepadaNya.. Disebabkan syaitan ? Iblis ? Nafsu ? Atau memang diri aku sendiri ?

Dan disini jugalah aku dapat sedikit pembukaan isi hatiku.. Aku cuba mengingati kejadian2 sebelum ini.. Dugaan hidup amat besar.. 

Kepayahan itu dirasakan setelah mengenal diri yang selama ini 'tertidur' dan dibuai mimpi.. Kasih sayang hanya dapat dicurahkan beberapa tahun sahaja.. Tuhan hanya memberi pinjaman untuk seketika.. Difitnah sehingga sebegitu rupa.. Tanda2 kecil kiamat berlaku didepan mata.. Walaupun tidak sempurna tetapi sentiasa bersyukur dan sentiasa mengingatiNya.. Cabaran hidup hari2 mendatang dilalui seperti orang biasa.. Badan yang lemah tidak pernah berganjak daripada berdoa.. Sentiasa tersenyum dan bersyukur.. Dugaan yang melanda tidak pernah mematahkan Iman yang ada.. Sentiasa mengingati Allah walaupun nyawa akan
dicabut tidak lama lagi..

Jika sebahagian daripada mereka boleh bersyukur dan bersujud kepadaNya tapi kenapa bukan aku yang sempurna ni terlalu bongkak ? Kenapa bila susah aku teringat kepadaNya ? Kenapa bila senang aku cepat melupakanNya ? Pandai dunia menipu aku.. Bila lagi aku akan dapat merasa 'Kemanisan Iman' selagi hidup itu masih milik aku ?


Wasalam..



28 Jan 2013

Tempat Baru.

Assalamualaikum... Dan.. Selamat Malam..

Okeh jam pon menunjukan 11.11 malam amat sesuai untuk meluahkan segala isi2 dan aktiviti2 sepanjang aku tak kemaskini entri.. Ops.. Bukan pemalas.. Tapi banyak halangan.. Terutama sekali sumber internet dan kedua medium untuk mengonline diri tiada.. Hahaha..

Pertama sekali Alhamdulillah dan syukur.. First dapat sambung belajar.. Nasib sekejap.. Kalau lama Teman pon tak hingin.. Hehe.. Masuk pada 7 Januari 2013 dan terpaksa mengadap bangunan2 warna biru.. Ouh.. Mungkin diorang ni pon buta warna kot macam Mark Zukerberg.. Hehe.. Dan sepanjang itu jugalah pelbagai2 konflik berlaku.. Umpama drama yang bersiri tapi tiada kesudahan.. Dan kesudahan itu telah pon tergantung.. Wah ayat aku gempak tak ? Hehe.. Dan sekarang baru bawak lappy kesayang bersama aku untuk menghilangkan boring di kelas.. Dan yang penting takyah tengok burung2 terbang dari tingkap.. Melihat semut mencari makanan.. Dan yang penting berkhayal.. Haha..

Dan pertama kali juga balik ke Negeri Kesayangan iaitu  <3 PERAK <3 Yeah.. Perak tak pernah tinggal dalam diri.. Cewahh.. Aku nak balik sana pon ada masalah jugak.. Ingatkan sebelah negeri dekat boleh la balik tiap2 minggu.. Tapi umpama burung tersepit celah dahan (tah pelik peribahasa aku reka ni).. Nak taknak terpaksa menetap kat sini jela kalau boleh.. Masa balik pon kaki kena berjalan beratus2 meter.. Dari Banting ke Putrajaya.. Terus Bandar Tasik Selatan.. Pergi Ke Plaza Rakyat dan menuju ke Puduraya dan Ipoh.. Dah laa botak.. Dah macam Juvana orang tengok kesana kesini tanya orang.. Haha.. Nak balik pon sama.. Dari Ipoh ke Klang Sentral.. Pergi ke Klang terus ke Banting.. Mampus aku duk sini kesana kesini.. Nama je sebelah negeri.. Haa.. Satu lagi bab kos sara hidup.. Pergh.. Nak basuh baju pon kena bayar.. Nak taknak kena kumpul sebondot2.. Dah penuh baru basuh.. Ni baru dalam.. Kat luar semua pakai SEN.. Boleh dikatakan kalau aku tengok taukey2 kedai dah macam Mr. Crab (Spongebob).. $$$$$.. Haha.. Sekarang mana ada free lagi.. Bak kata orang nak masuk tandas pon kena bayar.. Standard laa..

Buat masa ni classmate cantik2 lagi.. Maksud aku takde wat kepala masing2.. Tak tahu la nanti2 kan.. Cuma memerhati je setiap tingkah laku.. Kalau nak buat tahi pon tahu2 la basuh nanti.. Ni jenis dah buat tahi tapi taktau nak bersihkan.. Individu inilah paling aku anti.. Tengok gaya lecture pon bereh buat masa ni.. Yang penting kaut ilmu diorang.. Jahat tak aku.. Hehe.. Oke lah.. mata dah mengatuk.. Saya nak beradu dulu.. Penat merentas desa tadi.. Kikikiki..

Assalamualaikum.

4 Jan 2013

Tamat Sudah Kisah Di Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah.. Buku log sudah hantar.. Jadi tamatlah panggilan aku sebagai seorang pelajar di Melaka.. Tapi hanya beberapa hari saja.. Lepas tu masuk balik di Selangor.. Tak adil sungguh diaorang ni.. Seminggu je bagi cuti.. Ish3..



Tatkala orang lain sibuk bercuti ketika tahun baru.. Aku pergi ke Melaka untuk habiskan sisa2 pelajar buat sementara. Menaiki bas 2.30 petang tetapi bergerak pada 3 petang (bas lewat).. Enam bulan tak naik bas.. Perghh.. Lenguh semua badan.. Kaki ape lagi.. Duduk disebelah perempuan.. So kena cover sikit.. kikiki.. Nasib baik Melayu.. Orang nya kecil dan kiut.. Tapi lagi kiut, manis plus ayu perempuan duduk didepan aku.. Wakakakaka.. Dan semua keliling aku dipenuhi perempuan.. Balik cuti belajar kot..  Pertengahan perjalanan boleh pulak perempuan sebelah mempelawa cookies.. Aku amik ? Eh takla.. Takut dia jampi2 ke nanti kat aku kawin ngan dia.. hahaha (gurau jelah)

Seperti biasa bas singgah di Nogori untuk turunkan orang.. Dan dari situ jugak lah aku terpaksa tahan dari terkucil untuk sampai ke Melaka. Tiba sampai di melaka pada 8 malam lebih.. Kena tunggu kawan datang.. So bersendirian lah aku sorang sehingga pukul 9 malam.. Tup.. Tup.. Dapat mesej.. Kena cari kembar(classmate) dan tengok2 diaorang.. Ohh.. Malasnya terasa..


Dah besaq panjang macam ni pon kena jaga kan ? Hai.. Nasib2.. Okay.. DAh takyah tanya2.. Dua dah berpunya.. Hahaha.. Jadi sementara nak tunggu sampai pukul 10 lebih.. Dan perut lapaq tahap gaban kami merantau sekejap untuk mencari makanan.. Korang tengok pon twu muka lapo kakak ngan adik ni.. hahaha..




Jadi melepak jelah aku ngan diaorang berdua ni sampai TESCO ngan kedai2 lain pon nak tutup.. Cuma diaorang segan nak halau.. So guna ayat kiasan jela.. kikikiki.. Dan aku menunggu terus menunggu sorang2 datang..


Dan mungkin lebih 6 jam aku menunggu dan hanya beberapa jam bagi orang lain.. Eh.. Lama betul.. Dalam hati sampai je rumah membe nak pegi mandi dulu.. Hampir pukul 3 pagi baru semua berkumpul.. Itu pon bukan 1 kelas.. Tapi Hanya 8 orang je.. Tak sampai separuh kelas pon.. So jadilah.. Yang lain pon macam nak tak nak je kumpul ramai2.. Yang penting buku log esok pagi setel dan urusan yang lain pon setel..
Sebelum balik rumah kawan kami lepak pekena roti dan air panas jap..



Dan hari esoknya......


Dari Sungai Rambai, Melaka kami menuju ke Jasin dan seterusnya Selandar.. Walaupun jam  dah nak menunjukan wakru 12 tengahari.. Dan gara2 semua tido lewat semalamnya.. Jadi matahari dah naik pon membuta.. Hahaha.. Dan sampai hampir2 waktu rehat.. Ape boleh buat.. Selepas 6 bulan lebih hari itu juga kaki ini memijak kawasan ILP yang dah lama tinggal.. Dan juga yang terakhir..


Terus menuju ke KB (Ketua Bahagian) untuk menghantar buku log.. Untuk disemak.. Dan juga bersembang..







Masuk bilik KB je.. Tersenyum riang beliau melihat kami.. Sambil menyemak buku log.. Sempat juga dia perli aku.. "Aik rambut panjangnya Syarafi.." Yang aku mampu senyum jelah..  Haha.. "Lagi hensem rambut pendek.." "Takpe puan.. Tak suka nak hensem2 ni" sambil gelak aku cakap..


Setel je kitaorang masuk ke bilik pensyarah.. Ingatkan semua ada yang mengajar kami dulu.. Tapi semua cuti, ambil cuti tahun terus.. Tak apalah bukan rezeki.. Yang ada pon sorang PA kami.. Otai ni.. Main photoshop pejam mata je.. Banyak gak la ilmu aq korek dari beliau.. Hahaha.. Sebelum kelas akhir ni dia ada ajar sikit2 modelling bagi pergerakan orang.. Seperti terasa dia mahu aku teruskan usaha aku untuk berjaya lebih tinggi lagi.. Harap berjumpa lagi di Kuala Langat.


Dan ini gambar terakhir semasa kami di Melaka.. Insyaallah suatu hari nanti aku akan jejak lagi ke sana.. Tapi bukan atas dasar urusan rasmi.. Kerana ianya sudah berakhir.. Dan 2 haribulan Januari 2013.. Aku menamatkan pengajian Sijil Multimedia aku di ILP Selandar, Melaka.















Dan last sekali aku sangat seronok disini.. Walaupun peraturan dan beberapa tenaga pengajar disini buat aku muak tapi kawan aku sangat ramai.. Hampir 1 block kenal akan aku.. Bukan glamour atau apa.. Tapi sifat sombong dan besar kepala dan menunjuk kan 'otai' disini memang tidak wujud.. Tidak seperti di tempat dulu..

Aku akan ingat masa ini Multimedia Interaktif Sesi 1/2011