4 Jan 2013

Tamat Sudah Kisah Di Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah.. Buku log sudah hantar.. Jadi tamatlah panggilan aku sebagai seorang pelajar di Melaka.. Tapi hanya beberapa hari saja.. Lepas tu masuk balik di Selangor.. Tak adil sungguh diaorang ni.. Seminggu je bagi cuti.. Ish3..



Tatkala orang lain sibuk bercuti ketika tahun baru.. Aku pergi ke Melaka untuk habiskan sisa2 pelajar buat sementara. Menaiki bas 2.30 petang tetapi bergerak pada 3 petang (bas lewat).. Enam bulan tak naik bas.. Perghh.. Lenguh semua badan.. Kaki ape lagi.. Duduk disebelah perempuan.. So kena cover sikit.. kikiki.. Nasib baik Melayu.. Orang nya kecil dan kiut.. Tapi lagi kiut, manis plus ayu perempuan duduk didepan aku.. Wakakakaka.. Dan semua keliling aku dipenuhi perempuan.. Balik cuti belajar kot..  Pertengahan perjalanan boleh pulak perempuan sebelah mempelawa cookies.. Aku amik ? Eh takla.. Takut dia jampi2 ke nanti kat aku kawin ngan dia.. hahaha (gurau jelah)

Seperti biasa bas singgah di Nogori untuk turunkan orang.. Dan dari situ jugak lah aku terpaksa tahan dari terkucil untuk sampai ke Melaka. Tiba sampai di melaka pada 8 malam lebih.. Kena tunggu kawan datang.. So bersendirian lah aku sorang sehingga pukul 9 malam.. Tup.. Tup.. Dapat mesej.. Kena cari kembar(classmate) dan tengok2 diaorang.. Ohh.. Malasnya terasa..


Dah besaq panjang macam ni pon kena jaga kan ? Hai.. Nasib2.. Okay.. DAh takyah tanya2.. Dua dah berpunya.. Hahaha.. Jadi sementara nak tunggu sampai pukul 10 lebih.. Dan perut lapaq tahap gaban kami merantau sekejap untuk mencari makanan.. Korang tengok pon twu muka lapo kakak ngan adik ni.. hahaha..




Jadi melepak jelah aku ngan diaorang berdua ni sampai TESCO ngan kedai2 lain pon nak tutup.. Cuma diaorang segan nak halau.. So guna ayat kiasan jela.. kikikiki.. Dan aku menunggu terus menunggu sorang2 datang..


Dan mungkin lebih 6 jam aku menunggu dan hanya beberapa jam bagi orang lain.. Eh.. Lama betul.. Dalam hati sampai je rumah membe nak pegi mandi dulu.. Hampir pukul 3 pagi baru semua berkumpul.. Itu pon bukan 1 kelas.. Tapi Hanya 8 orang je.. Tak sampai separuh kelas pon.. So jadilah.. Yang lain pon macam nak tak nak je kumpul ramai2.. Yang penting buku log esok pagi setel dan urusan yang lain pon setel..
Sebelum balik rumah kawan kami lepak pekena roti dan air panas jap..



Dan hari esoknya......


Dari Sungai Rambai, Melaka kami menuju ke Jasin dan seterusnya Selandar.. Walaupun jam  dah nak menunjukan wakru 12 tengahari.. Dan gara2 semua tido lewat semalamnya.. Jadi matahari dah naik pon membuta.. Hahaha.. Dan sampai hampir2 waktu rehat.. Ape boleh buat.. Selepas 6 bulan lebih hari itu juga kaki ini memijak kawasan ILP yang dah lama tinggal.. Dan juga yang terakhir..


Terus menuju ke KB (Ketua Bahagian) untuk menghantar buku log.. Untuk disemak.. Dan juga bersembang..







Masuk bilik KB je.. Tersenyum riang beliau melihat kami.. Sambil menyemak buku log.. Sempat juga dia perli aku.. "Aik rambut panjangnya Syarafi.." Yang aku mampu senyum jelah..  Haha.. "Lagi hensem rambut pendek.." "Takpe puan.. Tak suka nak hensem2 ni" sambil gelak aku cakap..


Setel je kitaorang masuk ke bilik pensyarah.. Ingatkan semua ada yang mengajar kami dulu.. Tapi semua cuti, ambil cuti tahun terus.. Tak apalah bukan rezeki.. Yang ada pon sorang PA kami.. Otai ni.. Main photoshop pejam mata je.. Banyak gak la ilmu aq korek dari beliau.. Hahaha.. Sebelum kelas akhir ni dia ada ajar sikit2 modelling bagi pergerakan orang.. Seperti terasa dia mahu aku teruskan usaha aku untuk berjaya lebih tinggi lagi.. Harap berjumpa lagi di Kuala Langat.


Dan ini gambar terakhir semasa kami di Melaka.. Insyaallah suatu hari nanti aku akan jejak lagi ke sana.. Tapi bukan atas dasar urusan rasmi.. Kerana ianya sudah berakhir.. Dan 2 haribulan Januari 2013.. Aku menamatkan pengajian Sijil Multimedia aku di ILP Selandar, Melaka.















Dan last sekali aku sangat seronok disini.. Walaupun peraturan dan beberapa tenaga pengajar disini buat aku muak tapi kawan aku sangat ramai.. Hampir 1 block kenal akan aku.. Bukan glamour atau apa.. Tapi sifat sombong dan besar kepala dan menunjuk kan 'otai' disini memang tidak wujud.. Tidak seperti di tempat dulu..

Aku akan ingat masa ini Multimedia Interaktif Sesi 1/2011 






No comments:

Post a Comment