28 Oct 2012

Perginya Seorang Kembar

Assalamualaikum dan selamat malam..

Sebelum aku bercerita panjang.. Al-Fatihah buat adik sepupu aku.. Muhammad Syahran Bin Mohammad Mahfud yang telah kembali kepada PenciptaNya pada 28 November 2012..

Berusia umur 7 tahun (darjah 1) menghidap kanser otak.. Adik beradik kembar.. Kalau yang lepas aku ada post entri pasal penyakit dia (LINK)..

(26.10.2012) Jumaat (Hari Raya Korban)
-Waktu malam mak cik saudara aku datang kerumah dan memberitahu keadaanya semakin teruk.. Pengsan dan juga demam.. Aku sekeluarga pergi ke Hospital Teluk Intan dalam pukul 11 lebih untuk melihat dia.. Sampai di sana terpaksa mengikut turn.. Biliknya diasingkan hujung.. Tiba giliran aku, dia sedang terbaring tidur dan pernafasannya agak kuat.. Menitik jugalah air mata aku tengok keadaan dia camtuh.. Seorang kanak2 kecil dengan bantuan pernafasan dan beberapa tiub kedalam badan.. Aku melihat sekeliling sebentar.. Semua keluarganya.. Perasaan si ibu dan bapa aku tahu.. Sudah puas menangis sebelum2 ini.. Redha dengan pemergiannya yang tak tahu bila..

(Ingat kembali)

Kembar ni baru saja belajar mengaji dengan bapak aku.. Tak sampai sebulan pon.. Tiba2 masuk hospital.. Penyakit dia kita tak nampak.. Gaya orang sihat.. Siap gelak kuat2 masa ngaji.. Kalau dulu aku belajar kat Melaka.. Bila aku balik kampung dia pusing2 rumah rumah aku.. Kalau abang dia dah pon dah balik.. Ayat yang aku nak gelak bila dia cakap. "Along dah balik.. Dia main game.. Dia nak main game dota.." Mungkin ayat ini aku akan ingat sampai bila2.. Mulanya dihantar hospital Teluk Intan.. Kemudian ditukarkan di Hospital Ipoh..

Di ipoh ketika aku melawat seperti orang sihat.. Walaupun semua dah tahu ada ketumbuhan diotaknya.. Dengan berharap boleh dibuang dan sembuh secepatnya.. Kemudian dihantar ke Kuala Lumpur.. Keluarga dia cakap ketumbuhan tak boleh dibuang.. Peluang sangat tipis kerana bersangkut dengan otak dan saraf2 utama yang lain.. Sebelum di hantar ke Hospital teluk Intan semula dia sempat pulang kerumah kerana dia cakap nak balik sebelum2 ini.. Melihat keadaan yang semakin lemah hanya mampu baring terdiam melihat keadaan sekeliling.. Sebelum pergi ke hospital bapanya ada cakap "peace" dari dia sambil tangan dia dibantu bapanya menunjukkan 2 jari tersebut tetapi agak payah..

28.10.2012 (Ahad pagi)
-Kakak aku mengejutkan aku diikuti abah aku.. Mendapat khabar berita dia sedang nazak.. Tengahari, seluruh keluarga aku membaca Surah Yassin untuk dia.. Yang aku ingat.. Sewaktu aku cedok (ambil) nasi untuk makan tengahari.. Abah mendapat sms.. Dia sudah tiada.. Dalam sijil kematian ni 12.55pm.. Tak lama lepas aku baca Surah Yassin, dia pon pergi..

Dalam jam 3 lebih arwah sudah sampai ke rumah untuk dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan.. Semuanya diuruskan dengan segera.. Aku hanya mampu melihat.. Kadang2 mengalir air mata melihat dia.. Ketika dimandikan, aku lihat badannya susut sedikit.. Mungkin kurang atau tak makan sebab muntah bila diberi.. Putih dan diam.. Kawan2 sepermainannya hanya lihat keadaannya.. Kafankan semasa asar.. Kami semua menunaikan solat fardu diikuti solat jenazah..

Buat kali terakhir semua berkesempatan mencium arwah.. Tiba giliran aku.. Mengelap air mata yang mengalir di pipi.. Sebagai abang saudara itu saja yang dapat diberikan selain doa.. (Tak elok menangis depan Si Mati itu yang aku tahu).. Putih.. Bersih.. Lembut.. Wangi.. Seperti orang tidur.. Kemudian aku mengiringi arwah sehingga ditanah perkuburan..

Selesai semua talkin tidak diberikan kerana arwah belum akil baligh.. Kanak2 belum baligh Allah menjanjikan syurga.. Insyaallah..

Semoga dia tenang disana.. Aminn..

Al-Fatihah.
Buat adik saudara aku.
Muhammad Syahran Bin Mohammad Mahfud
28.10.2012(Ahad-Hari Raya Korban ke-3)

#ada beberapa isi dan kata2 aku tak dapat menulis kerana terlalu panjang.
#19.10.2005 tarikh lahir arwah.. Kebetulan atau mungkin hari lahir kita dan hari kematian kita hampir2 ?



27 Oct 2012

Hari Raya Korban

Assalamualaikum..

 ish.. Lama beno tak update.. Berapa minggu dah.. Sebelum terlambat aku nak ucapkan selamat menyambut aidiladha 1433h kepada semua umat Islam di seluruh kaum muslimin dan muslimat.. Kepada semua jemaah haji semoga dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna..

Cerita dimulakan...

Seawal 8 setengah pagi.. Kehangat membuat aku bangun tanpa dikejutkan oleh sesiapa sebelum mak dan abahku.. Dalam otak memang beria nak tolong orang potong daging lembu.. Kaki melangkah untuk menyiapkan diri (termasuk mandi pagi okeh).. Sebelum pergi aku mencapai sebilah pisau.. Yaa.. Pisau.. Aku mengasah mengikut stail tersendiri.. (yang penting tajam)..

Setibanya disurau (madrasah) 5 ekor lembu selamat ditumbangkan.. (aku lambat) selalu dapat tengok.. Soo.. Tunggu turn potong daging kecik2 laa.. Selesai semua aku disuruh hantar daing korban dari rumah ke rumah.. Dengan menaiki Honda wave pak cik aku (walaupun leceh kena start banyak kali) aku tempuhi jua.. hehe.. 5 ekor.. Itu pon banyak lebih sampai bagi kampung sebelah2.. Rezeki Allah..

Bersyukur.. Sebulan makan daging pon tak habeh.. Siapa nak sikit sila datang rumah.. ^__^

10 Oct 2012

Saya Memerlukan Doa Anda Semua Buat Saudara Saya

Assalamualaikum..

Berat rasanya nak tulis entri kali ini..Salah seorang kembar anak pak cik saya ada mengalami ketumbuhan di kepala.. Atau lebih tepat di otak..


Pasangan Kembar Ni Memang Selalu Bersama

Umur baru 7 tahun.. Masih kecil lagi.. Kalau sebelum ini sangat aktif dengan pasangan kembarnya.. Sebelum ini ibu dan bapanya ada merasa sesuatu tak kena pada dia.. So dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.. Tapi nasib selamat kesan masih awal lagi.. Ketumbuhan dia pon masih baru nak jadi.. Mengharapkan semua pakar untuk menjalani pembedahan.. Tapi sebaliknya tak boleh nak lakukan sebab risikonya memang amat tinggi.. Ketumbuhannya ada melibatkan saraf utama.. So menggunakan perubatan kaedah lain.. Mungkin dalam minggu ini akan pergi ke hospital Kuala Lumpur.. Jika sebelum ini di Hospital Bainun Ipoh..

Saya mengharapkan ihsan dari pembaca semua.. Saya dan kami keluarga semua tak mengharapkan sumbangan wang pon buat masa ini.. Tapi bagi saya mewakili sekeluarga kami semua cukup hanya memohon doa daripada anda semua semoga si cilik ini pulih sedia kala.. Ahad lepas saya pergi melawat dia masih boleh ketawa gelak2 bermain dengan pasangan kembarnya dan kawan yang lain.. Mungkin ketumbuhan peringkat awal lagi mungkin dia tak rasa apa2 lagi.. Tapi sekarang pergerakan dia dah mula slow.. Dah tak aktif macam dulu..

Saya berharap sangat anda semua berdoa agar Mohd Syahran Bin Mahfud ini pulih sedia kala.. Agar sihat dan meriuhkan suasana keluarga kami semua..

Aminnn~~.. 

5 Oct 2012

Eksiden Lori Vs Lori

Jam menunjukkan puku 2.20pm.. Mak kejut aku macam bese untuk pegi keja.. Jadi macam bese.. Mandi.. bersiap.. Selalunya lepas sembahyang Jumaat lepak kejap.. Baring dengan meow aku tak pon buat keja sikit.

Jadi kiranya dalam keadaan mamai lagi bawak moto abang aku.. Bawak takdelah laju sangat.. Kalau moto aku selalu meter pusing dua tiga kali aku bawak.. (Aku tipu je)..

Ada la dalam 8 ke 10 minit lepas selekoh tak beberapa nak tajam.. Dalam 60 atau 80 meter depan ada jambatan kecil tak la sempit sangat.. Dengan mata samar2 (aku ni rabun jauh) nampak benda warna oren.. Jadi aku ingat JKR perbaharui jalan raya tersebut dengan atas jambatan.. Penuh atas jambatan warna oren..

Dalam hati "Cinabeng time ni la korang nak wat keja time aku nak pegi keja.. Masa balik aku balik keja tadi taknak pulak buat.. Korang ni td tak pegi sembahyang Jumaat ke ?" Jadi aku bawak slow2 mana tau ada ruang2 untuk aku cilok.. Jadi aku pegi dekat tengok.. Masa tuh ramai orang sekeliling yang tengah lepak kat kedai makan menuju kearah jambatan tersebut..

Laa.. Baru aku tau ada eksiden.. Lori 5 tan vs 5 tan.. (anggaran aku laa).. 1 lori bawa muatan kelapa sawit.. 1 lagi muatan bawak ikan.. Jadi yang aku tengok bergolek atas jalan warna oren tadi buah sawit.. Berterabur  atas jamabatan.. Ikan yang lori tuh bawak tuh pon hidup lagi.. Besau2 plak ikan tuh.. Hari ni mungkin nasib baik si ikan dapat terlepas menuju ke sungai.. Tapi nasib malang bagi manusia.. Pemandu lori sawit seorang india atau benggali tak berapa nak cam sangat.. Dah kaku.. Ramai yang cakap dan mati.. 2 2 pemandu lori tersepit.. Driver lori ikan cuma tersepit tapi parah juga laa.. Tak silap aku kelindan lori ikan tuh dah keluar masa aku datang.. 2 2 lori hancur teruk.. Mungkin baru baru eksiden dalam seminit dua..

Jadi aku ambil masa dalam sejam.. Hanya memerhati.. Ambulans dengan bomba pon tak sampai lagi.. So aku tengok jela diorang tolong nak tarik  lori.. Lori sawit tuh tak silap aku memotong lori pasir treler.. Ramai cakap dia salah.. Lagi pon aku tengok dah makan jalan.. Lori treler pasir tuh diorang cuba gunakan untuk pisahkan Sebab dah melekat.. Buat punya buat pon tak boleh.. Jadi tunggu bomba jela dengan ambulans..

Jadi aku telefon boss.. "BOSS.. Saya tak dapat datang.. Ada eksiden.. DIorang block jalan..Blablabla.." SO aku balik rumah main game.. Itu saja ulasan aku untuk hari ini..


Lori warna oren tuh lori treler bawak pasir.. Tuh yang tolong tarik 2 2 lori tadi.. Bukan eksiden punya..

#Maaf gambar tak clear sangat sebab aku pakai tepon cikai.. Lagi pon memori kad takde.. Jadi 1 gamabr je aku dapat snap..



2 Oct 2012

Ini bukan MLM.. Ini downline baik punya.. Tapi sebenarnya ini kebenaranya..

Assalamualaikum..

Fuhh!!.. Tiup sikit ini blog.. Banyak habuk lama tak di update dengan entri baru.. Haha..

Okeh.. Entri kali ini terkemuka disebabkan aku nak share lagi menambahkan hubungan sel2 korang yang agak kurang berfungsi di dalam otak.. ^__^

Korang penah dengar MLM ? Infinity Downline ? Duit segera ? Kompom penah dengar punya.. Bohong kalau tak pernah dengar..

Disini aku nak kongsikan laa pendapat aku.. Aku memang tak suka benda ni.. Sekarang laa.. Dulu aku pon batak nak join benda alah ni.. Mana tak nya nampak gambar duit je kan.. Pastu simple gile kan nak register..

OKAY !! Stop !! Pernah dengar ayat ni tak ?
-Ini bukan MLM.
-Modal hanya sekali seumur hidup.
-Hasil terus kepada kita.
-Hanya perlu mengesyorkan laman web sahaja.
-Yang PENTING HALAL. dan macam2 lagi laa..




Sekarang bagi aku.. Yang untung orang yang first sekali buat laman web tersebut.. Kenapa ? Sebab dia jela yang ada 1 akaun bank dalam laman web tersebut.. Baik memang tak dinafikan mestilah dia yang lebih sebab dia yang buat laman web tersebut.
(- Bagi aku budak pengaturcaraan lebih peluang tinggi jika dia wat camni sebab domain bayar setahun sekali. Domain tuh (.com) yang kat hujung sekali laman web-)

Bayar sekali saja untuk seumur hidup.. Korang pernah dengar main kutu tak ? (bukan kutu babi kat rambut tuh tau !) Bagi aku main kutu ni lebih bagus dan adil sebab semua duit dapat hasil yang sama cuma menunggu pusingan giliran..
(-Sebaliknya downline ni orang yang register bawah korang je korang dapat hasilnya. Sebagai contoh korang promosi laman web tersebut.. Okay pastuh ada orang nk join.. Disebabkan korang dah register awal 
so no akaun bank korang la diletakkan.. Jadi automatiknya duit orang yang dibank-in ini masuk ke akaun korang.. Okay itu kalau ada beratus beriban orang nak join bawah korang la kan walaupun berjuta kali korang promosi kan laman web itu difacebook.. twitter.. blog.. dan sebagainya..-)

Halal.. Pergh.. Ayat ni buat kita tak sabar2 nak join.. Mana taknya halalkan.. Baik aku tak nafikannya..
(-Tapi cuba korang fikir.. Semua join benda ni berjaya ke ? Aku berani cakap yang berjaya 100% mungkin sampai level 1hingga 4. Siapa dia ? Boss yang buat laman web tersebut dan ahli2 yang bawah dia.. Yang lainnya.. 1/100% maybe 1/500% maybe 1/1000% yang berjaya.. Yang tak berjaya ada korang tahu korang kena kutuk-mengutuk.. Maki hamun ?-)

Sebab apa aku berani cakap ? Sebab aku pernah join menatang ini.. YES dan aku tak pernah berjaya walaupun sekali..Mungkin sebab aku lelaki kot.. Ayat tak manis.. Dan tak hensem (walaupun tiada kena mengena).. Sebab tuh semua malas nak jadi downline aku.. Mangsa utama adalah member2 dan kepada member2 suruh join bawah dia.. Memang tak paksa.. Tapi ayat dia cuba korang spin kan dia laju2.. Mesti nak suruh join dia..

Banyak testimoni koleksinya..

Sebagai contoh Ahli2 nya :

Dulu hutang saya banyak sangat.. Mencecah puluh2 ribu.. tapi sekarang saya tak perlu bimbang.. Tiap kali saya login Facebook.. Twitter.. Saya dapat duit.. Kalau dulu gaji saya cukup2 makan.. nak keluar melancong pon tak pernah sebab tiada baki dalam gaji saya.. Tapi sekarang saya tak perlu risau kerana perniagaan dan aktiviti ini menguntungkan saya.. Malah saya tak perlu ke pejabat.. Hanya duduk di rumah sambil online Facebook..

Tapi ayat empunya web :

Dulu hutang saya banyak sangat.. Mencecah puluh2 ribu.. tapi sekarang saya tak perlu bimbang.. Semenjak saya menjumpai teknik terbaru walaupun berbulan bulan mengkaji caranya.. Kini saya telah jumpa formula terbaru.. <--terbaru dan berbulan2 abah kau.. kalau korang tak percaya semua ayat ni sama saja isi dia.. Cuma isi tersirat je kita tak tau..


Di suatu petang :

Ada 1 kumpulan memanggil aku.. Mukadimahnya lebih kurang begini..

Adik.. Nak tanya sikit esok adik dah keluar dari politeknik ni kan nak jadi apa ? (Opkos la aku cakap jadi jurutera laa).. Okay.. Mak bapak kita suruh kita belajar tinggi2 last2 sok keluar poli takde keja.. Sekarang ni ekonomi susah.. So memang payah nak cari kerja.. (ye kan aje aku mengangguk) Adik amik diploma kan? (yup) ijazah.. diploma.. sijil.. Adik tahu tak berapa ? (tak) Antara 3 gaji tuh tak banyak.. sijil beatus je.. Naik ambil dip selama 3 tahun baru naik beribu je.. dah berapa tahun membazir masa semata mata nak pangkat dip gaji ciiput je.. (wau !! hebat gila dia berhujah sambil dalam hati) Adik paling minat kereta sport apa ? (err.. Evo la.. Cantik tuh..) Adik tak teringin ke muda2 dlm 20an pakai kereta sport ? (pergh.. kaya ni.. brother ni nak ajak jual dadah ke ?) Tak la.. Adik pernah dengar downline tak ? Tapi ni bukan MLM.. MLM tak leh caya.. banyak tipu.. (o0o.. pernah) Adik join sekali je.. Yang penting adik perkenalkan perniagaan ini kepada orang.. Hasil 100% milik adik.. (Ooooo.. aku wat batak sikit macam nak join)  Adik mula2 join kitaorang pastuh adik boleh la perkenalkan kepada member2.. (Nasib baik aku dah research  awal menatang jadah ni..kataku dalam hati..) Adik tak perlu tarik2 orang macam downline2 yang lain.. (lerr.. Tadi cakap takyah tarik2 orang join.. Habis tuh nak bagitau orang.. Ni tarik gak namanya.. aku cakap2 senyum.. Brother tadi cuma nak ngelat ayat aku) Ehh.. kotaorang bukan nak tarik.. nak join tak nak join kitaorang tak kisah.. (Tuh la pasal.. Abang tarik saya ni.. Maknanya benda ni kena tarik2 orang gak..)

(aku ngan brother tuh berdebat cakap dalam dekat setengah jam pasal benda ni.. Tapi sorry 
brother semua petang tuh memang korang cari salah orang..)

Kesimpulannya bagi aku.. Nak join atau taknak  terpulanglah.. Aku dah share apa yang patut.. Kalau nak join better yang jual barang sekali.. Maksud aku macam agen topup.. Sekarang semua dah ada buat downline level.. So korang dapat 2 benda.. 1 topup korang niaga kan.. 2 korang dapat duit downline bawah korang kalau ada orang nak jadi agen topup bawah korang.. Membe aku ada ramai yang join.. Yang nampak sorang je jadi.. Dia pon jadi dalam 1/1000%.. Takpe lah lepas balik modal dia pusing balik.. Yang lain menyesal sebab join.. Bukan sorang dua yang join downline.. beribu ribu dari kebanyak downline yang sama.. Aku pon nasib baik tak banyak.. Takpelah sedekah jelah kat orang tuh.. Walaupun topup lepas 3 4 bulan..

Siapa yang untung ? Orang buat laman web tersebut.. So jadilah budak pandai programmer.. Setahun tukar2 nama laman web dan kadar yang nak join..

#-Entri ini bukan nak jatuhkan perniagaan downline2 anda semua.. Hanya just nak share kebenarannya-
#Tiada cara yang mudah didunia ini untuk mendapatkan wang.. Selain bekerja keras untuk mendapatkan hasilnya..