21 Jan 2012

Aku Seorang Perantau

Sunyi..
Dan amat sunyi..
Itu yang aku dapat gambarkan pada waktu sekarang.. Biasalah, bagi seorang pelajar seperti aku yang tinggal jauh dari keluarga.. Demi untuk mendapat segulung sijil aku terpaksa tinggalkan keluarga.. Tapi aku sudah lali dengan semua ini.. Aku tak kisah dengan semua itu.. Lagi pula bulan dua nanti aku perlu balik.. Mana tak nya baru seminggu di Melaka.. Kalau nak balik memang sakit..

#Selamat Bercuti Semua Dan Selamat Tahun Baru Cina..

15 Jan 2012

Buku Baru

Pagi ini.. Merupakan hari yang akan membuatkan diri aku lebih matang.. Lebih dewasa.. Lebih Berfikiran terbuka.. Bagi menghadapi segala cabaran hidup didunia ini.. Walapun masih tercari-cari mana yang harus dituju.. Samar-samar lagi perjalanan hidupku.. Tapi bagiku baru permulaan hidup didunia realiti ini.. Kehidupan yang dengan penuh pancaroba dan penipuan semata-mata..

Selama dua puluh satu tahun ini banyak liku-liku yang harusku tempoh sehingga ke tahap ini.. Darilah kisah hidup sebagai seorang pelajar.. sebagai seorang anak.. Serta sebagai seorang khalifah dimuka bumi ini.. Bukan mudah untuk berbuat baik kepada semua orang.. Dan bukan mudah untuk mencuri hati seseorang.. Setiap orang berlainan pemikiran dan tafsiran..

Sebagai seorang lelaki yang matang.. Berfikiran terbuka saja tidak cukup jika tiada ilmu didada.. Walaupun tingkah laku.. Perbuatan.. Percakapan.. Pemakaian adalah sempurna tapi hati yang hitam siapa yang tahu. Kerana itu aku selalu berfikir.. Meneroka.. Menkaji.. Belajar dari kesilapan aku titik beratkan sehinggalah sekarang..

Tiada lagi masa berbulan madu.. Tiada lagi masa untuk angan-angan.. Tiada lagi masa untuk bermain-main.. Soalnya aku ikut kata-kata seorang hamba.. "Selagi apa kita boleh buat.. Kita buat.. Jangan ikut cakap orang.. Ikut kata hati diri sendiri.. Asalkan kita boleh hidup berdikari walaupun esok-esok mak ayah dah takda"... Lebih kurang macam itu la ayatnya..

Lembaran baru ini semoga apa yang aku hajat tercapai la hendaknya walaupun satu dua yang dapat.. Walaupun beribu-riban yang aku hajat.. Tapi doa dan restu ibu bapa tuh lah yang bawa berkat di dunia dan akhirat..

13 Jan 2012

Sentiasa Kau

Aku tersentap seketika.. Aku cari mana silapnya.. Adakah aku membuat kesalahan sehingga begitu rupa.. Aku hanya duduk terdiam.. Kepercayaan sepenuhnya hancur dalam sekelip mata.. Mulut hanya terdiam kaku.. Tangan terhenti seketika.. Mata hanya terpaku menumpu.. Benar semuanya.. Mata yang penat langsung tidak berkedip..

Aku dapat merasakan sesuatu yang tak kena.. Bermula pagi itu.. Berlaku dalam sehari sahaja.. Allah menguji aku dengan dua orang perempuan.. Aku ingat kembali sebelum itu..

Seorang perempuan.. Mungkin student seperti aku juga.. Mahu pulang ke Institusi seperti aku dan menunggu bas diwaktu semua orang dibuai mimpi diatas katil masing-masing.. Tapi aku harus pulang kerana cuti yang diberikan telah habis.. Mungkin dia terlalu penat dan tidur atau tertidur diatas bahu kananku.. Aku hanya menyedari ketika aku bangun tidur.. Terkejut aku terbujur satu kepala disebelah kananku dalam keadaaan didalam bas yang samar-samar.. Apa yang pasti apabila aku turun dia hanya memandang aku tanpa berkedip pon walaupun mata aku tak melihatnya.. Mungkin ada sesuatu yang ingin dicakap.. Tapi mungkin aku ada tertidur diatas bahu kirinya ketika aku tidak sedar ? Jika ada aku "nak mohon maaf" tapi kita mungkin tak akan jumpa lagi..

Seorang perempuan kecil tubuhnya tapi kelihatan matang.. Aku dalam keadaan kelam kabut mencari tandas untuk membasuh muka dan buang air.. Sesak kerana laluan yang sempit dan orang ramai yang baru turun dari bas.. Aku lalu dihadapan seorang perempuan.. Dengan tak semena-menanya aku dapat rasakan beg aku ditarik dengan perempuan tersebut.. Tapi disebabkan badan aku lebih besar dan tika itu aku berjalan dengan pantas aku menyentap kembali.. Apa yang aku dapat dengar perempuan tadi merungut dan meromet sesuatu kerana tidak dapat memberhentikan aku dihadapannya..

Aku makan hati.. Terang-terang kamu tipu aku.. Kamu tak pandai nak menipu langsung.. Aku sentiasa berfikir kehadapan tentang kamu.. Aku sengaja berbuat demikian.. Aku nak lihat tindak-tanduk kamu yang seterusnya.. Biarlah kamu tak jujur pada aku asalkan kamu jujur dengan orang lain.. Aku melanggar janjiku kerana syarat lain masih ada pada diri kamu.. Munngkin kamu tidak akan melanggar syarat itu..

Pandai kamu memutar belitkan cerita.. Aku memang menghargai kamu.. Walaupun aku ada perasaan benci tika itu tapi aku bukan orang yang jenis membenci.. Dengan segera aku memaafkan kamu untuk hilangkan rasa benci itu terhadap diri kamu.. Lama masa itu berlalu pegi.. Tapi hati ini sentiasa teringat setiap apa yang berlaku sejak kita kenal.. Tak pernah aku lupakan dari zaman kita sekolah.. Selagi ingin aku lupakan.. Aku lagi teringat KERANA AMAT PAYAH AKU MELUPAKANNYA..

4 Jan 2012

Aku Jatuh

2011..
Tahun yang mungkin aku tidak akan lupakan.. Banyak perkara yang aku lalui ditahun ini.. Kesenangan.. Kegembiraan.. Keseronokan.. silih berganti dengan Kedukaan.. Kekecewaan.. Kehampaan.. Kehibaan..  Walaupun tahun 2012 telah datang dan setiap orang menginginkan pembaharuaan serta azam baru dalam kehidupan mereka, tapi bagi aku tidak.. Aku masih ditakuk yang lama.. Aku masih yang dulu.. Cuma banyak perkara yang harus aku kejar pada tahun baru ini.. Kerana aku yang menentukan masa depan aku sendiri..

Jika diawal tahun 2011 aku boleh menarik nafas lega sambil berangan-angan.. Tapi kedatangan akhir tahun 2011 aku dapat merasakan diri aku jatuh.. Satu persatu perkara yang timbul.. Masalah yang datang.. Tapi yang pasti aku dapat lalui nya seorang diri.. Memang itu yang aku mahukan.. Hanya seorang diri menyelesaikan semua perkara dan masalah yang timbul.. Situasi sebenar dapat aku hidu dan aku akan pastikan untuk tidak lari lagi dari landasan yang sepatutnya.. Setiap agenda akan aku jalankan seperti yang dirancangkan.. Hanya Tuhan yang menentukan saja kebenaran dan masa itu..

2012..
Aku ingin buka buku baru dalam hidup aku.. Setiap memori 2011 akan aku simpan sebaik-baiknya didalam lubuk hati.. Tiada perkongsian.. Hanya aku saja yang tahu.. Jika dipusing kembali fikiran dan hati ini terlalu banyak menyimpan segala suka dan duka.. Cuma ianya masih mampu bertahan sehingga hari ini.. Apa yang pasti, tahun ini aku tak akan sia-siakan hidup aku.. 21 tahun, sudah dewasa.. Boleh berfikir mana baik dan buruknya.. Mana permata dan kaca.. Mana musuh dan mana kawan.. Mana kata-kata benar dan mana kata-kata dusta.. Kerana Tuhan dah tunjuk semuanya didepan  mata.. Hanya musuh dalam selimut harus aku berjaga-jaga..