27 Feb 2013

Poster 'Rock OO' GGKB

Assalamualaikum..

Hok aloh lama tak update post.. Bersawang kot.. Hehe.. Sebenarnya takde modal pon nak update tiap2 hari.. Biasalah, bukannya femes pon blog saya.. Haha.. Ayat pasrah.. Kali ini punya post aku nak kongsi sikit pasal event yang dianjurkan oleh GGKB dekat Facebook.. Apa itu ? Gerak Gempur Kuku Besi (link).. Bukan event besar pon.. Cuma buat satu poster untuk 'Rock OO' arahan Mamat Khalid.. Kenal ? Ala selalu kat Maharaja Lawak jadi juri selalu gagap.. 'Abang.. Abang.. errr Abang...' Hahaha.. gurau jela..

Padahal aku taktau pon ada event tuh.. Jadi member IM kat Facebook ajak join.. Dengan rasa nak tak nak nak tak nak hati terasa nak cuba.. Tapi sekali tengok diorang punya design poster ada umphh kot.. Dengan effect tersendiri.. Kalah aku punya design yang tak seberapa.. Event tuh takla besar menang dapat 5 atau 10 ribu.. Tak silap aku hadiah takde melibatkan wang pon.. Tapi aku join sebab nak cuba kreativiti sendiri kan..

Apa pon terima kasih laa kepada member aku kerana mengajak aku join..

Ni la hasil tak seberapa aku buat.. Simple.. Yang pasti gambar Que Haidar aku main dia punya warna sikit je.. Hahaha.. "Rock o0o0o0"



Kalau sedap mata memandang boleh laa 'like'
Kalau tak menyedapkan mata memandang 'dislike' (walaupun takde button dislike) kekekeke..

3 Feb 2013

Aku Bersyukur

Assalamualaikum..

Tetiba pulak rajin nak conteng dinding post ni.. Tak tahu la sebab apa pagi ni.. Tapi lama aku nak post benda alah ni.. Selagi tak post macam tak tenteram Hidup.. Bersyukur.. Yup.. Pagi ni aku nak kongsi sikit tentang perjalan hidup aku disini..

Kadang2 terfikir mengapa aku dilahirkan didunia ini.. Yup.. Yang aku tahu semasa roh ditiupkan untuk menuju ke jasad aku (kita) telah pon berjanji dengan Pencipta Yang Agung.. Tapi kadang2 aku terfikir kenapa aku amat payah untuk taat seketika kepadaNya ? Kenapa aku degil ? Kenapa aku langsung tidak bersyukur kepadaNya keatas setiap pemberian yang dimiliki walaupun seketika.. Tapi kesemua itu ingin aku jadikan masa silam sehingga pada ketika waktu itu.. Air mata kedua orang tuaku jatuh  diatas sebabkan individu tertentu.. Tapi kenapa Tuhan beri aku  dugaan hidup sebesar itu ? Selama perjalanan hidup aku itulah yang terbesar perlu aku jalani.. Dan tatkala itu juga aku beria2 untuk meminta pertolongan daripadaNya.. Tapi sekarang aku bongkak kembali kepadaNya.. Disebabkan syaitan ? Iblis ? Nafsu ? Atau memang diri aku sendiri ?

Dan disini jugalah aku dapat sedikit pembukaan isi hatiku.. Aku cuba mengingati kejadian2 sebelum ini.. Dugaan hidup amat besar.. 

Kepayahan itu dirasakan setelah mengenal diri yang selama ini 'tertidur' dan dibuai mimpi.. Kasih sayang hanya dapat dicurahkan beberapa tahun sahaja.. Tuhan hanya memberi pinjaman untuk seketika.. Difitnah sehingga sebegitu rupa.. Tanda2 kecil kiamat berlaku didepan mata.. Walaupun tidak sempurna tetapi sentiasa bersyukur dan sentiasa mengingatiNya.. Cabaran hidup hari2 mendatang dilalui seperti orang biasa.. Badan yang lemah tidak pernah berganjak daripada berdoa.. Sentiasa tersenyum dan bersyukur.. Dugaan yang melanda tidak pernah mematahkan Iman yang ada.. Sentiasa mengingati Allah walaupun nyawa akan
dicabut tidak lama lagi..

Jika sebahagian daripada mereka boleh bersyukur dan bersujud kepadaNya tapi kenapa bukan aku yang sempurna ni terlalu bongkak ? Kenapa bila susah aku teringat kepadaNya ? Kenapa bila senang aku cepat melupakanNya ? Pandai dunia menipu aku.. Bila lagi aku akan dapat merasa 'Kemanisan Iman' selagi hidup itu masih milik aku ?


Wasalam..