28 Oct 2012

Perginya Seorang Kembar

Assalamualaikum dan selamat malam..

Sebelum aku bercerita panjang.. Al-Fatihah buat adik sepupu aku.. Muhammad Syahran Bin Mohammad Mahfud yang telah kembali kepada PenciptaNya pada 28 November 2012..

Berusia umur 7 tahun (darjah 1) menghidap kanser otak.. Adik beradik kembar.. Kalau yang lepas aku ada post entri pasal penyakit dia (LINK)..

(26.10.2012) Jumaat (Hari Raya Korban)
-Waktu malam mak cik saudara aku datang kerumah dan memberitahu keadaanya semakin teruk.. Pengsan dan juga demam.. Aku sekeluarga pergi ke Hospital Teluk Intan dalam pukul 11 lebih untuk melihat dia.. Sampai di sana terpaksa mengikut turn.. Biliknya diasingkan hujung.. Tiba giliran aku, dia sedang terbaring tidur dan pernafasannya agak kuat.. Menitik jugalah air mata aku tengok keadaan dia camtuh.. Seorang kanak2 kecil dengan bantuan pernafasan dan beberapa tiub kedalam badan.. Aku melihat sekeliling sebentar.. Semua keluarganya.. Perasaan si ibu dan bapa aku tahu.. Sudah puas menangis sebelum2 ini.. Redha dengan pemergiannya yang tak tahu bila..

(Ingat kembali)

Kembar ni baru saja belajar mengaji dengan bapak aku.. Tak sampai sebulan pon.. Tiba2 masuk hospital.. Penyakit dia kita tak nampak.. Gaya orang sihat.. Siap gelak kuat2 masa ngaji.. Kalau dulu aku belajar kat Melaka.. Bila aku balik kampung dia pusing2 rumah rumah aku.. Kalau abang dia dah pon dah balik.. Ayat yang aku nak gelak bila dia cakap. "Along dah balik.. Dia main game.. Dia nak main game dota.." Mungkin ayat ini aku akan ingat sampai bila2.. Mulanya dihantar hospital Teluk Intan.. Kemudian ditukarkan di Hospital Ipoh..

Di ipoh ketika aku melawat seperti orang sihat.. Walaupun semua dah tahu ada ketumbuhan diotaknya.. Dengan berharap boleh dibuang dan sembuh secepatnya.. Kemudian dihantar ke Kuala Lumpur.. Keluarga dia cakap ketumbuhan tak boleh dibuang.. Peluang sangat tipis kerana bersangkut dengan otak dan saraf2 utama yang lain.. Sebelum di hantar ke Hospital teluk Intan semula dia sempat pulang kerumah kerana dia cakap nak balik sebelum2 ini.. Melihat keadaan yang semakin lemah hanya mampu baring terdiam melihat keadaan sekeliling.. Sebelum pergi ke hospital bapanya ada cakap "peace" dari dia sambil tangan dia dibantu bapanya menunjukkan 2 jari tersebut tetapi agak payah..

28.10.2012 (Ahad pagi)
-Kakak aku mengejutkan aku diikuti abah aku.. Mendapat khabar berita dia sedang nazak.. Tengahari, seluruh keluarga aku membaca Surah Yassin untuk dia.. Yang aku ingat.. Sewaktu aku cedok (ambil) nasi untuk makan tengahari.. Abah mendapat sms.. Dia sudah tiada.. Dalam sijil kematian ni 12.55pm.. Tak lama lepas aku baca Surah Yassin, dia pon pergi..

Dalam jam 3 lebih arwah sudah sampai ke rumah untuk dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan.. Semuanya diuruskan dengan segera.. Aku hanya mampu melihat.. Kadang2 mengalir air mata melihat dia.. Ketika dimandikan, aku lihat badannya susut sedikit.. Mungkin kurang atau tak makan sebab muntah bila diberi.. Putih dan diam.. Kawan2 sepermainannya hanya lihat keadaannya.. Kafankan semasa asar.. Kami semua menunaikan solat fardu diikuti solat jenazah..

Buat kali terakhir semua berkesempatan mencium arwah.. Tiba giliran aku.. Mengelap air mata yang mengalir di pipi.. Sebagai abang saudara itu saja yang dapat diberikan selain doa.. (Tak elok menangis depan Si Mati itu yang aku tahu).. Putih.. Bersih.. Lembut.. Wangi.. Seperti orang tidur.. Kemudian aku mengiringi arwah sehingga ditanah perkuburan..

Selesai semua talkin tidak diberikan kerana arwah belum akil baligh.. Kanak2 belum baligh Allah menjanjikan syurga.. Insyaallah..

Semoga dia tenang disana.. Aminn..

Al-Fatihah.
Buat adik saudara aku.
Muhammad Syahran Bin Mohammad Mahfud
28.10.2012(Ahad-Hari Raya Korban ke-3)

#ada beberapa isi dan kata2 aku tak dapat menulis kerana terlalu panjang.
#19.10.2005 tarikh lahir arwah.. Kebetulan atau mungkin hari lahir kita dan hari kematian kita hampir2 ?



2 comments: