5 Oct 2012

Eksiden Lori Vs Lori

Jam menunjukkan puku 2.20pm.. Mak kejut aku macam bese untuk pegi keja.. Jadi macam bese.. Mandi.. bersiap.. Selalunya lepas sembahyang Jumaat lepak kejap.. Baring dengan meow aku tak pon buat keja sikit.

Jadi kiranya dalam keadaan mamai lagi bawak moto abang aku.. Bawak takdelah laju sangat.. Kalau moto aku selalu meter pusing dua tiga kali aku bawak.. (Aku tipu je)..

Ada la dalam 8 ke 10 minit lepas selekoh tak beberapa nak tajam.. Dalam 60 atau 80 meter depan ada jambatan kecil tak la sempit sangat.. Dengan mata samar2 (aku ni rabun jauh) nampak benda warna oren.. Jadi aku ingat JKR perbaharui jalan raya tersebut dengan atas jambatan.. Penuh atas jambatan warna oren..

Dalam hati "Cinabeng time ni la korang nak wat keja time aku nak pegi keja.. Masa balik aku balik keja tadi taknak pulak buat.. Korang ni td tak pegi sembahyang Jumaat ke ?" Jadi aku bawak slow2 mana tau ada ruang2 untuk aku cilok.. Jadi aku pegi dekat tengok.. Masa tuh ramai orang sekeliling yang tengah lepak kat kedai makan menuju kearah jambatan tersebut..

Laa.. Baru aku tau ada eksiden.. Lori 5 tan vs 5 tan.. (anggaran aku laa).. 1 lori bawa muatan kelapa sawit.. 1 lagi muatan bawak ikan.. Jadi yang aku tengok bergolek atas jalan warna oren tadi buah sawit.. Berterabur  atas jamabatan.. Ikan yang lori tuh bawak tuh pon hidup lagi.. Besau2 plak ikan tuh.. Hari ni mungkin nasib baik si ikan dapat terlepas menuju ke sungai.. Tapi nasib malang bagi manusia.. Pemandu lori sawit seorang india atau benggali tak berapa nak cam sangat.. Dah kaku.. Ramai yang cakap dan mati.. 2 2 pemandu lori tersepit.. Driver lori ikan cuma tersepit tapi parah juga laa.. Tak silap aku kelindan lori ikan tuh dah keluar masa aku datang.. 2 2 lori hancur teruk.. Mungkin baru baru eksiden dalam seminit dua..

Jadi aku ambil masa dalam sejam.. Hanya memerhati.. Ambulans dengan bomba pon tak sampai lagi.. So aku tengok jela diorang tolong nak tarik  lori.. Lori sawit tuh tak silap aku memotong lori pasir treler.. Ramai cakap dia salah.. Lagi pon aku tengok dah makan jalan.. Lori treler pasir tuh diorang cuba gunakan untuk pisahkan Sebab dah melekat.. Buat punya buat pon tak boleh.. Jadi tunggu bomba jela dengan ambulans..

Jadi aku telefon boss.. "BOSS.. Saya tak dapat datang.. Ada eksiden.. DIorang block jalan..Blablabla.." SO aku balik rumah main game.. Itu saja ulasan aku untuk hari ini..


Lori warna oren tuh lori treler bawak pasir.. Tuh yang tolong tarik 2 2 lori tadi.. Bukan eksiden punya..

#Maaf gambar tak clear sangat sebab aku pakai tepon cikai.. Lagi pon memori kad takde.. Jadi 1 gamabr je aku dapat snap..



No comments:

Post a Comment