17 May 2013

Multiple Camera Production Crew Selama 3 Hari

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Buta !!

Hahaha.. (gelak jap pasal lama tak update post) Waduhh.. Minggu yang sangat sibuk.. Bukan pasal PRU13.. Tapi sebagai MCP pada suatu program.. Apa itu MCP ? Haa.. Aku pon baru tau menatang nih..  Multiple Camera Production.. Ni lah pertama kali pertama aku menjadi sebahagian ahlinya.. Secara langsung kot.. Dan ini kali kedua aku menjadi MCP secara tak langsung.. Siapa yang belajar Multimedia mesti tau istilah "online" dengan "offline"

Menjadi ahli selama 3 hari 2 malam di Nogori.. Haaa.. Lokasi Institut Latihan Perindustrian Pedas, Negeri Sembilan.. Mengendalikan acara Robocon.. Kebanyakan Institut bawah Jabatan Tenaga Manusia turun padang semua untuk tunjuk bakat robot masing2.. Macam2 bentuk ada.. Haha..

Oke beralih ke MCP tadi.. Baru aku tahu macam mana diorang bekerja.. Kalau sehari 'on' je kot.. Tapi kalau 3 hari macam aku kena ni dengan krew yang tak cukup.. Mampus penat.. Letak kepala je terus lentok.. haha.. Jap.. Jap.. Jap.. Ini bukan kerja luar.. Aku tolong pensyarah aku.. Ditemani 3 orang member sekelasku.. Dan 2 orang pensyarah.. Nasib baik jenis yang masuk air.. Tiap2 hari gelak je walaupun penat..
Itu pon nasib baik ada 2 orang pensyarah dari situ dengan 3 orang pensyarah dari institut tolong sekali..

Kerja kami tangkap video secara langsung dengan berbekalkan 4 buah kamera.. 4 roll kabel.. Dan lain2.. (nak tulih satu2 sampai sok pagi belum tentu habis).. Dalam bilik tuh penuh barang2 kamera dengan kabel.. Serabai je kalau tengok.. Hahaha.. Cameraman sentiasa bertukar tangan.. Kalau tak memang mati kejang pegang kamera.. Hehehe..

Mandi tak mandi je rasanya.. Tidur jangan cakap la kalau tak sah selepas pukul 1 pagi.. Bedengkur je semua tidur.. Termasuk aku kot.. Hahaha.. 2 hari balik pon rasa penat tak hilang lagi.. Balik je teruih demam.. Selsema.. Meleleh je hingus.. Hahaha.. Takpa ilmu yang dapat takkan hilang.. Penat boleh hilang bila cukup rehat.. Betul ? Oke aku nak tidur dulu.. pukul 3 pagi dah ni.. Esok kelas.. Ni taip pon hingus meleleh lagi.. Hahaha.. Papai..

Assalamualaikum..


No comments:

Post a Comment