22 May 2011

3o Ciri-Ciri Wanita Yang Pii Chipsmore Mahukan Sebagai Teman Hidup (Kalau boleh la)

Ada gak yg tak caye aku takde buah hati.. siyez aku ckp aq xde okeh ! Susah sebenarnya nk cri teman hidup ni bg aku. Bukan 2 3 hari je duduk bersama, tp seumor hidup. Bg aku kali ni cari bia btul2 tanak maen2 dah.. Dapat je aku simpan baik2.. hahahaha..

1.   Sentiasa menutup aurat (pakai tudung dengan betul)
2.       Sentiasa menutup aurat (bukan depan aku saja berlakon)
3.       Tahu apa itu erti Agama Islam (perbuatan yang dituntut dan ditegah)
4.       Pandai menjaga adabnya (Tidak terlalu bersosial)
5.       Kurus @ sedikt berisi (aku tanak terlebih berisi)
6.       Rendah @ sama tinggi dengan aku (tak suka tinggi-tinggi)
7.       Jarak umur tak jauh (kalau bawah aku x lebih 5 tahun @ kalau atas aku tak lebih 2 tahun dari umur aku)
8.       Warna kulit tidak terlalu gelap (cerah sikit daripada aku)
9.       Lemah lembut (perilakunya)
10.   Tidak terlalu mengongkong aku (aku rimas)
11.   Bertolak ansur (bila ada masalah)
12.   Penyayang (antara manusia dan juga binatang)
13.   Sopan-santun (peribahasanya)
14.   Penyabar (dengan karenah aku)
15.   Jujur (tak ada rahsia-rahsia)
16.   Peramah dan tidak sombong (mak aku banyak cakap dan anti orang sombong-sombong)
17.   Hormat akan orang tua (tidak meninggikan suara dengan orang yang lebih tua dari dia)
18.   Rajin (Selalu tolong ibunya membuat kerja rumah)
19.   Pandai memasak (tak susah nanti aku)
20.   Berfikiran luas dan selalu dengar cakap (sentiasa berfikir secara matang dan profesional bila aku bercakap)
21.   Bertanggungjawab (tahu apa yang harus dilakukan)
22.   Memakai pakaian yang menyejukkan mata aku (kalau boleh dia suka jenis pakai baju kurung/kurang memakai jenis seluar)
23.   Bijak (dari segi menguruskan dirinya)
24.   Tidak gedik (aku paling MENYAMPAH !!)
25.   Bukan memandang kebendaan (harta, pangkat @ nama)
26.   Muka aku tak kesah (asalkan sedap mata aku memandang dan nak pandang tiap-tiap hari)
27.   Kiut dan comey (lagi aku suka.. hehehe..)
28.   Kalau boleh bukan anak orang berada ata kaya sekadar sederhana (tahu erti senang@susah)
29.   Manis (Raut wajahmya)
30.   Hobi suka main game (senang aku nak ajak bila aku boring.. hehe..)

Bukan apa yang kita nak kita akan dapat, tapi kalau boleh kita mesti mencari dulukan..  Aku harap ada la orang yang mcm aku nak ni.. senang skit hidup aku.. Aku bukan cerewet bila pilih pasangan tp aku yang terbaik kalau boleh.. Belum cuba belum twu.. Spe ase2 nk msuk line tuh korg ad yg mcm aku nk x ? Hahahaha.. guwau je la... ^_^

21 May 2011

Apa Ertinya Kawan Bagi Korang Semua ?

Bagi aku kawan ialah orang yang paling rapat antara kita selain keluarga terdekat (mak dan ayah kita). Kawan juga akan memahami perasaan kawan-kawan yang lain jika seseorang kawannya terdapat sebarang masalah samada bersangkut paut dengannya atau pun tidak. Ketawa bersama, menangis bersama, berkongsi masalah bersama-sama adalah perkara biasa yang selalu kita dengar ertinya kawan.

Tapi bagaimana kawan yang makan kawan ? Bagi sesiapa yang terkena memang dah makan hati dengan si PELAKU. Aku juga pernah terkena, aku rasa mungkin 8 daripada 10 orang kt dunia ini pernah terkena. Nak berjumpa dengannya pon kita menyampah apatah lagi nak meminta tolong daripadanya. Mungkin kata-kata kita hanya untuk dia ketawa. Meminta tolong dengannya memang amat payah sekali walaupun dia pernah meminta tolong daripada kita dan kita menolongnya dengan hati yang rela.

Tapi bagaimana kawan yang menikam kita daripada belakang ? Aku juga pernah terkena. Dihadapan kita dia pijak katak pon tak mati-mati tapi dibelakang kita katak di pijak tuh pun boleh mati dan siap dijadikan umpan untuk memancing. Kadang aku terfikir kenapa la ada orang seperti ni kat muka bumi. Memang menyusahkan.
Tapi bagaimana kawan yang suka jadi batu api ? Ini pon aku pernah rasa dan lihatnya dengan sendiri. Sebab salah sikit je, kecoh jadinya. Bagaimana orang yang tak terlibat dalam hal ini pon terpaksa terlibat sekali. Nak leraikannya memang mengambi masa yang lama. Kenapa ? Masing-masing tak nak mengaku kalah. Bagi aku memang dua-dua menunjukkan kebodohan masing-masing tanpa orang suruh.
Tapi bagaimana kita dapat kawan yang suka reka cerita tanpa ada bukti ? Aku juga pernah melihatnya dengan sendiri. Aku dan kawan-kawan yang lain pernah buat salah (melanggar peraturan) tapi sebelum diambil tindakan kena bagi alasan yang munasabah. Boleh pulak si mamat ni menokok tambah soalan yang ditanya dan cakap lecture ni marah-marah smbil mencarut apabila kawannya tanya dia balik pasal kesalahan tadi. Aku hanya menggelengkan kepala saja melihat perangainya.

Tapi bagaimana dapat kawan yang mementingkan dirinya sahaja. Aku pernah lalui nya. Diaorang memang pandai, aku tak menafikan. Tp setiap kelebihan dan kelemahan masing-masing. Walaupun aku tak pandai pasal perkara yang mereka pandai, tapi mereka tak pandai apa yang aku pandai. Diaorang seperti gelisah melihat markah aku paling terendah. Berjanji akan menolong aku sebelum final nanti. Tapi bila aku menanya 5 perkara, mereka memberitahu aku hanya 3 perkara sahaja itu pun nak tak nak je. Aku hanya membuat asignment dan report seorang diri dalam 2 atau 3 matapelajaran yang aku pandai sikit daripada diorang. Mungkin cemburu lihat markah aku tinggi dari dia, masing-masing menawarkan diri untuk jadi patner aku. Dan mahu aku mengajar mereka sebaik-baiknya agar lulus. Aku hanya mampu senyum saja melihat perangai dan karenah mereka.

Tapi bagaimana dapat kawan yang memilih kawan ?  Aku pernah laluinya juga. Aku pernah duduk satu meja dengan seorang budak untuk aku nak jadi patner dia. Masa itu ada yang lambat masuk dan semua dah ada kumpulan. Aku dan dia saja. Dengan selamba dia bangun dan masuk kumpulan lain dengan budak yang datang lambat. Aku memang terasa, tapi ada juga kumpulan aku. Bila membuat kerja semua serentak, kumpulan aku lebih cepat siap dari kumpulan dia dan aku sendiri yang buat kerja dan kawan yang lain aku suruh membuat report. Aku hanya memandang dia dari jauh sambil dia dan kawan-kawannya masih lagi membuat kerja dan report pon baru suku saja buat.

Banyak lagi maksud kawan yang perlu korang semua tahu. Aku hanya tahu ertinya bila aku lalui semua perkara diatas dan ada lagi aku tak ceritakan. Bagi aku biarlah aku simpan dalam hati tanpa memburuk-burukan seseorang. Dengan apa yang ada sekarang aku bersyukur dapat kawan yang tahu ertinya seorang kawan.