3 Nov 2011

Aku.......

Tatkala ketika aku balik ke bilik.. seperti biasa.. bukak lappy.. Selalu nya aku bermain game sekejap.. lepas tu akan terus tidur sampai ke maghrib.. Namun kali ini hati aku bercampur aduk.. Tidak tahu kenapa tiba-tiba hati ini terasa ada sesuatu yang tak kena.. Hati ini mengatakan bimbang akan sesuatu.. Namun aku tidak mengendahkannya.. Bukan sekali dua tetapi berulang kali..

Aku reda kan nya dengan memasang lagu supaya menghiburkan sedikit hati aku yang tak tentu arah.. Namun tidak berjaya juga memenangi hati ini.. Tanpa membuang masa aku menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang untuk menunaikan fardu Asar.. Walaupun perasaan ini pulih sedikit.. Namun tetap goyah.. Tiada punca, aku tak tahu.. Apa sebenarnya yang berlaku pada diri aku ini..

Aku cuba menenangkan dengan tidur.. Dibuai mimpi.. Disaat aku itu aku termimpi kan keluarga ku menyambut diriku pulang ke kampung halaman dengan hati yang gembira.. Terutama ibuku.. sudah lama aku tidak memelukmu dan mencium pipimu.. Setiap hari seperti hari-hari yang lalu.. Ayahku tersenyum melihat gelagat dan karenah ku, kakak ku hanya tersenyum dan tercegat di muka pintu.. Aku tersenyum dengan gembira.. Tapi apakah disebalik mimpi-mimpi ini ?

Tersedar dari tidur.. Hati ku bertambah sayu mengenangkan mimpi-mimpi tadi.. Tambah membuang masa aku mencapai tuala untuk mandi.. maghrib pon dah dekat.. Setapak demi setapak aku menuju ke bilik air.. Curahan air pancut yang deras dan sejuk membuat kan ku berasa kaku sebentar.. Tanpa ku sedari terdapat air yang mengalir melalui kedua-dua pipiku.. Agak suam-suam disebabkan bercampur dengan air sejuk tadi..

Baru ku sedari air mata aku mengalir mencurah-curah.. Tanpa sebab dan alasan.. Aku buntu.. Ku cuba mengesatnya.. Namun mencurah juga.. Aku terdiam sebentar sambil air yang mengalir membasahi tubuhku.. Apakah semua ini ? Baru aku berfikir.. Apakah disebalik mimpi tadi ? Dapatkah aku memeluk tubuh ibuku.. Sempatkah apa yang digambarkan dalam mimpiku tadi ? Adakah aku terlalu rindukan mereka sehingga terjadi sebegini.. Aku buntu.. Tak tahu lagi apa yang harus aku lakukan.. Dalam hati ini aku berbisik.. 'Ya Allah Kau temukan lah hambamu ini dengan ibunya dan keluarganya dengan selamat'.. Hanya Mu yang yang tentukan segalanya..

Walaupun hanya selang beberapa hari saja diriku pulang ke kampung.. Tapi hati ini megatakan ada sesuatu yang tidak kena.. Mungkinkah disana ? Atau mungkinkah disini jika ada sesuatu yang berlaku kepada diriku.. Hanya Kau yang Maha Mengetahui.. Aku hanya mampu berserah kepadaMu Ya Allah..











1 Nov 2011

Ping kan IP Address Untuk Broadband (3 step only)

Huarrghh.. Okeh, selamat pagi.. Disebabkan boring tak tahu nak wat apa dengan dah lama tak update kan.. Kat sini aku ada satu info untuk korang yang tak tahu bagaimana cara nak laju kan sedikit broadband korang walaupun kuota dah ABESS !! Tips ni untuk siapa yang tak tahu je.. Yang dah tahu lantak korang la.. Ada aku kesah.. hehe.. Nak cakap laju pon tak la sangat tapi boleh atas 100kbps(kilo bytes per second).. Tapi kalau tengah-tengah pagi sampai 1000kbps pon boleh (kuota 3GB punya).. Okeh kat bawah ni cara-cara nya.. Selamat mencuba..


note :
-sila abaikan simbol ' '
-Loading mungkin mengambil masa sedikit..

Langkah pertama :

-klik kat 'Start Button Windows', Lepas tuh taipkan 'run'



-Lepas dah keluar kotak 'run' tuh taip 'cmd' pulak.

-Nak lagi senang masa 'Klik Start Button Windows' tuh terus taip 'cmd'



Langkah Kedua :

-Maka akan keluar 1 kotak seperti dibawah iaitu dipanggil command prompt.


-Taipkan 'ipconfig'. Lepas tuh tekan 'Enter'.


-Maka dia akan keluar macam-macam.. Tapi rileks, jangan pening.. Korang hanya perlu cari
'IPv4 address' sahaja. Contohnya '11.123.145.123'.. Tapi korang tengok la korang punya. Bukan contoh ni okeh..

Langkah Ketiga :


-Taipkan ping<jarak><no.IPv4 address tadi><jarak>-t
-Contohnya  : ping 11.123.145.123 -t
-Lepas tuh klik 'Enter'
-Kalau jadi dia akan reply dan keluar ayat macam ni.







-Kalau tak keluar benda macam atas ni makna nya korang buat tak menjadi.. Cuba la lagi okeh..
-Tengok Statistik ni..



 SELAMAT MENCUBA !!