30 Dec 2012

Pratical Is Over..

Assalamualaikum..

Selamat pagi.. Fuhh ! Alhamdulillah.. Syukran.. Syukran.. Buku Log ana sudah pon siap.. Hehe.. Alhamdulillah sekali lagi sebab telah tamat Latihan Industri (Pratikal) selama 6 bulan lebih.. Sepanjang tempoh pratikal semua agak berjalan lancar.. Mana tak nya.. Ada aku kat kedai Boss kerap keluar memancing.. So maknanya dia mengharapkan kepercayaan kepada aku untuk membuat segala design grafik.. Okay.. Bukan riak.. Tapi bangga pada diri kerana setiap design ada kepuasan kepada pelanggan..

Segala ilmu dan pemerhatian di situ tidak akan ada teragak-agak untuk membuka kedai sendiri.. Insyallah.. Amin.. Segala komen akan dijadikan panduan pada masa akan datang.. Bukan senang nak puaskan hati pelanggan ni.. Tambah2 diaorang duduk belakang tengok cara kita design.. Tukar yang itu.. Tukar yang ini.. Setakat satu dua perkara boleh hadap lagi.. Ini dah lebih2 kadang sakit hati pon ada.. Nak tak nak kena la jaga hari pelanggan.. Pratikal yang berakhir Jumaat lepas bersamaan pada 28 DIsember 2012.. Aku berakhir dengan perkara yang agak lawak juga laa bagi aku dan member aku (staff kat situ). Aku segaja pulang lewat sikit sebab lepas ini dah tak lepak situ mungkin..

Segala design aku tinggalkan untuk memudahkan member copy/paste.. Kira macam Template la.. Nanti cuma dia tuka tulisan, wording, gambar, logo, dan macam2 lagi.. Mempunyai majikan yang agak sporting.. relaks.. cool.. membuatkan takde la tension sangat.. Aku diberi kepercayaan sepenuhnya untuk menjalankan mesin plotter sepanjang 10 kaki untuk kain banner.. Panjang sebenar mungkin 12 atau 13 kaki.. Mula2 masuk memang tak tahan la bau dakwat dia.. Bak kata orang lama2 dah terbiasa..

Dari awal hingga akhir dah beratus-ratus design yang aku buat.. Tak terkira sebab ada yang dah ter'delete'.. Ada yang dah ter'replace'.. Jadi memang tak ingat la.. Ada setengah design kena hold sebab pelanggan tiada kata putus.. Senyap je.. Ada setengah pelanggan ikut kepala sendiri.. Datang hari itu nak hari itu juga.. Padahal tarikh dah ditetapkan lama.. Kadang2 alasan lupa.. Ini laa kadang2 terpaksa hold/skip kerja lain untuk siapkan kerja malaun2 itu.. Kadang menyusahkan orang je.. Padahal nak cakap tak pandai pon tak boleh juga.. Sebab kerja kerajaan.. Mesti pandai2.. Tapi bodoh dan bangang tu pon tetap ada..

Seorang member (staff) yang rapat.. Ramai orang tengok cakap mula2 diorang ingat aku ni sombong.. Haha.. Sorry sikit.. Tak kenal maka tak boleh nak gelak2 lagi.. Hehe.. Dah tahu semua baru ngam.. Kiranya kat situ memang aku cepat belajar la.. Nak jalankan mesin semua.. Cuma satu mesin je aku tak cuba.. Mesin cop baju/jersi.. Sebab jarang orang tempah..

Pagi ni setel kan isi2 buku log.. Bila dah setel dapat la bernafas sikit.. 1 Januari 2013 (Selasa) pergi Melaka.. Hantar buku log hari Rabu.. Moga2 semua berjalan lancar.. Yang buat aku panas hati sekarang ni Sijil SKM tahap 2 aku pon tak keluar2 lagi dan elaun tertunggak-tunggak.. Jabatan Kerajaan dah takda duit ke sampai elaun pelajar pon boleh tertunggak ? Bukan semua Jabatan dah diagih-agihkan ke ? Tension3..

27 Dec 2012

Kenduri Cukur Jambul@Naik Buai

Assalamualaikum..

Penat aku nak upload gambar kenduri Cukur Jambul / Naik buai.. Opps.. Bukan anak aku.. Tapi anak pak cik aku sebelah rumah.. Disebabkan aku ni orang Jowo (Jawa).. So mungkin lain sikit kot cara atau adat dengan orang Melayu.. Tapi apa pon Doa dan cara menghayati tetap sama.. Islam itu kan mudah..

Kenduri ini pada bulan lepas.. Tapi banyak hal untuk dimuatnaik kan nya.. Ni nak upload pon Browser(Google Chrome) buat hal.. Crash laa.. Plug in problem laa.. Panas je hati.. Malam ni pulak buat hal.. Kenduri ni  termasuklah Akikah dan Rumah Baru.. Okay tengok jela cara kami sama tak dengan cara anda.. Hehe..

Sembelih Lembu Untuk Akikah

Erk.. Geli Tengok Darah 

Anak Buah Yang Bangun Pagi Untuk Melihat Lembu..
Tapi Abang Sedaranya (Aku) Baru Bangun Tido.. Haha.. 

Oke.. Sah Kompom Mati.. Malam Tuh Gak Aku Bedal Sup Gear Box.. Hehe..

Macam Biasa Aktiviti Gotong Royong Di Malam Hari

Kebiasaannya bila kenduri biasa atau kecil-kecilan aktiviti memotong, memasak, mengacau, menyembang dan me me macam lagi hanya keluarga sendiri.. Tidak memanggil orang luar.. Jika ada mungkin seorang dua..  Nak tau sebab apa ? Rumah kami semua sebelah menyebelah.. Bak kata orang "sini menjerit sana mendengar".. Kesemuanya adik beradik bapak aku.. 8 biji rumah laa.. Cuba bayangkan.. Semua rumah ada wakil anak kecil.. Kecuali rumah aku.. Sebab aku yang bongsu.. Dah kira dewasa pon.. haha..

Ini Peah (Bukan nama sebenar).. Budak Yang Selalu Aku Kacau.. Hehe.. 

Okay.. Anak2 Waktu Bergambar..

 Memasak Ayam Goreng.. Untuk Dimakan Esok Hari..

Kentang Untuk Di Campur Dengan Kari Daging 

Apa Yang Deme Buat Tak Tau La.. Bara Pon Dah Takde..
Gaya Je Ni Nak Masuk Blog Punya Pasal.. Haha..


Keesokkan Paginya.. Pada Jam 11pagi.. Majlis Berzanzi Dimulakan Dengan Ustaz Terfemes.. Haha.. 

Sambungan. 

Sambungan (Jangan Tengok Misai Dia) 

Nampak Tuh Budak2 Pakat Tunggu Depan Pintu.. Nak Rebut Gula2 Punya Pasal.. 

 Bayi Dibawa Keliling Untuk Orang Lihat.

Okay.. Budak2 Semua Bersedia !!

Yeahh !! Serbu !! 

Potong Rambut Bayi 

Sambil Itu Semua Terus Berzanzi 

(Cepet) Muka Sedih Tak Dapat Gula2 Sebanyak Yang Diharapkan.. Hehe.. 

Aktiviti Mengira Duit Dan Gula2 Setelah Penat Berebut.

(Nani) Yang Ini Kakak Dia Bayi Yang Cukur Jambul Tadi

Oke.. Masa Untuk Makan..

Lauk-pauk dihidangkan cara layan diri.. Jika jemputan hanya orang2 kampung sendiri dan dilakukan selepas maghrib.. Biasanya dibuat Ambeng.. Apa tuh ? Ala nasi dalam talam tuh.. Nasi Ambeng tuh cara orang Jawa.. Nasi yang keras pon kadang2 jadi sedap.. Biasalah, nasi doa ramai2.. Ops.. Tapi kenduri bukan nak makan yerk.. Sampaikan hajat tuan rumah itu dulu.. Kalau ingat nak makan baik tak payah datang.. Haha..
Okay.. Insyallah Kalau ada kenduri lagi buat Nasi Ambeng aku upload kan gambar dia..

Wasalam..