25 Dec 2012

Yeahh.. BBQ Time Part 1

Assalamualaikum..

Bak kata orang.. Selalu apa yang dirancang rapi takkan menjadi.. Itulah hakikatnya.. Haaa.. Program BBQ yang aku dan kawan2 sekolah buat ni bukan dirancang rapi.. Pot pet pot pet.. Jadilah aktiviti tak seberapa.. Jadilah dapat kumpul 5-6 orang macam tuh.. Tapi best.. Sebab ? Semua sekepala.. Hahaha.. Boleh tahan juga laa kecohnya.. Buat hanya dihalaman rumah aku.. Tepi hutan.. Waktu malam.. Samar2 gelap.. Setel.. Jumpa kawan2 sekolah lama memang best kot..


Panggang Udang Size XXXL

 Sosej Bersama Rempah Kononya (Siapa la yang jaga sampai hitam)

Yes ! Drumstick Yummy ! Haha (Wan)

Udang  Panggang Made By Masterchef (Pii)

Kerang Bakar + Udang.. Umpphh..

 Udang Bakar Yang Dah Siap.. Sedap Kot.. Hehe..

Permulaan Scene BBQ Part 1.. Tengah Buat Bara.. 

Oke.. Aku Teroveeerr Sikit.. Kehkehkeh.. 

Hah.. Susah Kot Nak Jumpa Boss Ni.. Bukan Senang Nak Keluar Rumah..

Kerang Bakar Yang Siap Dibakar Walaupun Letak Didalam Bara.. 

Manyak Syok Woo.. Ini Kerang Aku Punya.. 

Macam Ni Lah Bakar Ayam Tak Ikut Buku Manual.. Hihihi.. 

Menu : Ayam, Udang XXXL, Kerang, Sosej, Oren, Limau Cina.. Minuman : Zappel, Kick Kappo, Soda.. Ramuan : Hentam jela.. kikiki..

Ni Aku Curi Sikit Diorang Tak Perasan Kot (Nizam) 

Muka Stim Lepas Dapat Barang Dari Pendekar Penyu (Mirul/Nyu) 

Dah Masak Kot.. Sampai Naik Hitam Ayam Tuh.. 

Udang Bakar.. Marvelous.. Muahhh.. Hehe..

Haha.. Bajet takda la mahal sangat.. Sorang RM15.. Tak mahal dan tak murah.. Yang sedang2 saja.. Kikiki.. Barang keperluan basah beli kat Tesco, Kampar. 2 jam lebih laa jugak cari barang.. Itulah akibatnya tak plan apa yang nak dibeli.. Biasalah tak biasa beli.. Tuh yang kaji2 setiap barang..


 Bilo La Nak Masak Nih ? Den Nak Balik Dah.. (Jiji)

Mamat Ni Bukan Kipas Bara.. Kipas Diri Sendiri.. (Apek) 

Ayam.. Kita Golek2 Sampai Pening Bila Makan.. 

Nizam : Gini Caranya Nak bukak..
Apek : Sedap Kot Yang Hangus Nih..
Wan : LoL.. -___-''

Apa pon memang best.. Lepaking Dan 'Speaking' memang tak putus2 dari mulut.. Harap ini permulaan dan akan lebih ramai lagi akan turut serta.. Busy ? Sorry ye.. Kami memang tiap2 hari busy.. 2 orang esok ada keja.. 1 korang esok ada kelas.. 1 orang lagi kena merantau.. Memang penat.. Tapi gembira sama2 kawan boleh hilang bila berkumpul.. Ini sebuk sangat sampai membe2 lama pon nak tak nak je ingat.. Mula pukul 9 malam hingga 1 pagi.. Dan kami 'Puas'.


Wasalam..


22 Dec 2012

21 Disember 2012

21.12.2012

Apa yang anda semua sedang fikirkan ? Sama seperti menonton "Filem 2012'' ? Tatkala orang2 kafir sibuk mencari tempat perlindungan.. Menyewa kapal.. Mencari tempat perlindungan. Apa yang anda fikir ? Jika anda salah seorang daripada mereka.. Cepat2 lah berbalik kepada Islam dan perkukuhkan Iman anda. Tarikh tersebut yang telah dikaji oleh kaum2 terdahulu lebih dikenali 'Mayan'.. Mungkin kaum tersebut telah melangkaui batas bidang astronomi kerana yakin yang bumi ini akan 'Kiamat' pada 21.12.2012.. Dan adakah mereka juga semoden zaman Atlantis ? Iaitu barat mengkhabarkan bahawa zaman Atlantis adalah lebih maju daripada zaman sekarang.. Dan kaum tersebut musnah sesama sekali akibat bencana alam yang dashyat. -Waullahualam- Hanya Tuhan saja yang tahu semua itu..



Rezeki, Jodoh dan Mati kita hanya Allah saja yang tahu.. Andai tarikh mati itu kita tahu sudah tentu semua orang berbuat baik.. Sentiasa menunaikan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.. Sama juga Kiamat.. Kita juga harus mengambil tahu.. Tapi tidak perlulah menyimpang sehingga tahu bila tarikh Kiamat akan berlaku.. Sedangkan Rasulallah yang kekasih Allah pon tidak tahu bilanya Kiamat.. Para Malaikat  yang sentiasa berzikir kepada Allah pon tidak tahu bilanya berlaku Kiamat.. Percaya kepada hari kiamat itu kan Rukun Islam ke5..

Walaupun begitu tanda2 kecil Kiamat sudah pon Allah tunjukkan kepada kita.. Itu pon kita masih 'buta' lagi dengan mengejar hal keduniaan.. Selain itu pihak NASA juga menyatakan bahawa suatu planet akan melanggar bumi.. Dikenali sebagai Niburu.. Kononnya akan menghentam bumi sehingga bumi akan berputar melawan arus.. Ini tidak masuk akal kerana perubahan pemutaran bumi adalah disebabkan bulan dan bukan Niburu dan juga komet (tahi bintang)


Jika nak diikutkan banyak teori2 barat bercanggah dengan Al-Quran.. Kita sebagai Islam bukankah panduan kita itu Al-Quran ? Nasa juga menyatakan bumi ini akan bergelap selama 3 hari akibat  pada 23, 24 dan 25 Disember 2012 ini.. Disebabkan oleh penjajaran alam semesta, dimana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 kepada dimensi ke 0 , Lalu bertukar lagi kepada dimensi ke 4.. Khutbah Jumaat juga dibahaskan juga isu ini.. Bumi akan melakukan perubahan. Tetapi perubahan musim.. Jika tiada ke sahihan dan bercanggah wajib kita tidak mempercayainya.. Ini takut akan membatalkan Iman..

Jika kita ingatkan kembali banyak kajian2 Nasa ini gagal untuk menentukan hari Kiamat.. "Ilmu kita itu umpama apabila kita celupkan hanya 1 jari ke dalam air lautan dan mengangkat semula, air yang tinggal di jari itulah ilmu kita.. Manakala ilmu Allah SWT itu seluas-luas lautan.."  Dan Hanya Allah saja yang tahu bila tibanya hari tersebut.. Siap mereka (barat) mengekukuhkan lagi Kiamat tangguh pada tahun depan.. Pernah tak kita teringat bahawa Quran dan Hadith menyatakan Yahudi itu golongan yang degil ? Sehinggakan kitab2 yang diturunkan sanggup diubah demi kepentingan sendiri.. Jika peraturan Allah sanggup 'dilanggar' apa lagi peraturan manusia.. -Waulahuaam-

#Dunia semakin hari menunjukkan kezaliman manusia.