22 Dec 2012

21 Disember 2012

21.12.2012

Apa yang anda semua sedang fikirkan ? Sama seperti menonton "Filem 2012'' ? Tatkala orang2 kafir sibuk mencari tempat perlindungan.. Menyewa kapal.. Mencari tempat perlindungan. Apa yang anda fikir ? Jika anda salah seorang daripada mereka.. Cepat2 lah berbalik kepada Islam dan perkukuhkan Iman anda. Tarikh tersebut yang telah dikaji oleh kaum2 terdahulu lebih dikenali 'Mayan'.. Mungkin kaum tersebut telah melangkaui batas bidang astronomi kerana yakin yang bumi ini akan 'Kiamat' pada 21.12.2012.. Dan adakah mereka juga semoden zaman Atlantis ? Iaitu barat mengkhabarkan bahawa zaman Atlantis adalah lebih maju daripada zaman sekarang.. Dan kaum tersebut musnah sesama sekali akibat bencana alam yang dashyat. -Waullahualam- Hanya Tuhan saja yang tahu semua itu..



Rezeki, Jodoh dan Mati kita hanya Allah saja yang tahu.. Andai tarikh mati itu kita tahu sudah tentu semua orang berbuat baik.. Sentiasa menunaikan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.. Sama juga Kiamat.. Kita juga harus mengambil tahu.. Tapi tidak perlulah menyimpang sehingga tahu bila tarikh Kiamat akan berlaku.. Sedangkan Rasulallah yang kekasih Allah pon tidak tahu bilanya Kiamat.. Para Malaikat  yang sentiasa berzikir kepada Allah pon tidak tahu bilanya berlaku Kiamat.. Percaya kepada hari kiamat itu kan Rukun Islam ke5..

Walaupun begitu tanda2 kecil Kiamat sudah pon Allah tunjukkan kepada kita.. Itu pon kita masih 'buta' lagi dengan mengejar hal keduniaan.. Selain itu pihak NASA juga menyatakan bahawa suatu planet akan melanggar bumi.. Dikenali sebagai Niburu.. Kononnya akan menghentam bumi sehingga bumi akan berputar melawan arus.. Ini tidak masuk akal kerana perubahan pemutaran bumi adalah disebabkan bulan dan bukan Niburu dan juga komet (tahi bintang)


Jika nak diikutkan banyak teori2 barat bercanggah dengan Al-Quran.. Kita sebagai Islam bukankah panduan kita itu Al-Quran ? Nasa juga menyatakan bumi ini akan bergelap selama 3 hari akibat  pada 23, 24 dan 25 Disember 2012 ini.. Disebabkan oleh penjajaran alam semesta, dimana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 kepada dimensi ke 0 , Lalu bertukar lagi kepada dimensi ke 4.. Khutbah Jumaat juga dibahaskan juga isu ini.. Bumi akan melakukan perubahan. Tetapi perubahan musim.. Jika tiada ke sahihan dan bercanggah wajib kita tidak mempercayainya.. Ini takut akan membatalkan Iman..

Jika kita ingatkan kembali banyak kajian2 Nasa ini gagal untuk menentukan hari Kiamat.. "Ilmu kita itu umpama apabila kita celupkan hanya 1 jari ke dalam air lautan dan mengangkat semula, air yang tinggal di jari itulah ilmu kita.. Manakala ilmu Allah SWT itu seluas-luas lautan.."  Dan Hanya Allah saja yang tahu bila tibanya hari tersebut.. Siap mereka (barat) mengekukuhkan lagi Kiamat tangguh pada tahun depan.. Pernah tak kita teringat bahawa Quran dan Hadith menyatakan Yahudi itu golongan yang degil ? Sehinggakan kitab2 yang diturunkan sanggup diubah demi kepentingan sendiri.. Jika peraturan Allah sanggup 'dilanggar' apa lagi peraturan manusia.. -Waulahuaam-

#Dunia semakin hari menunjukkan kezaliman manusia.



No comments:

Post a Comment