16 Dec 2012

Sepanjang 19 hingga 10 Haribulan

Assalamualaikum.

Huh.. Pelik kot update post petang2 cenggini.. Lama tak update sebenarnya.. Hehe.. Okeh ni nak cite beberapa peristiwa selama tak update.. Biasa laa.. Busy.. Kaw-Kaw punya busy.. Makin nak habis makin melampau diorang ni.. Insyaallah 28/12/2012 aku tamat kan Latihan Industri a.k.a pratikal.. Sekejap je rasa.. Padahal 6 bulan lebih dah.. Dan awal tahun Insyallah 1Hb Januari 2013 pegi berangkat ke Melaka untuk hantar buku log.. (gaya cakap cam nak pi oversea plak). Lepas tuh habis la semua kerumitan sebagai student.. Tapi sekejap je..

19/11/2012 aku pergi ke Kuala Langat, Selangor.. Diinterview untuk mengambil Diploma Multimedia tahap4.. Bak kata orang Nervous la gak first time pegi interview.. Tapi aku interview dengan caraku.. No kemeja formal.. No Neck tie.. No kasut kulit hitam.. No berambut pendek.. And No wawasan kalau orang tengok.. Siap mak ngan bapak aku komplen (complain). "Ko ni nak pegi interview ke nak pegi jalan2 ? buang masa je orang nak hantar". Seingat aku no giliran aku 46.. Rossi tuh.. wahaha.. Aku sampai 11pagi lebih.. Walaupun surat tuh tulis "sila datang awal sebeum setengah jam pada pukul 8.30pg.. Aku ape kisah.. Semua langgar..

Giliran aku diinterview pada pukul orang dah habis koje.. Mau angin tak angin nya aku.. Ada la tinggal beberapa orang senasib denganku.. Semua dah tak ikut nombor.. Main masuk je.. Yang menganginkan aku lagi semua pakat2 tanya 20-40minit.. Lama siot.. Tiba giliran aku, aku masuk dengan gaya tersendiri.. Hehe..
Masuk2 bagi semua apa yang dia nak.. Tapi panel perempuan tuh seperti membentak2 aku 3 hingga 4 kali suruh aku keluarkan semua dokumen.. Padahal tangan aku tengah keluarkan semua dokumen tuh.. Selesai semua keluarkan..

"Boleh saya duduk ?" aku ayat selamba.. "Boleh duduk" Celah panel lelaki.. Aku perkenalkan diri.. Blablablabla.. Dorang tengok result SPM ngan pointer aku.. Habis je aku cite.. Diorang tanya.. Dalam Multimedia Subjek apa paling pandai dan minat ? Aku cakap la.. Takda la pandai sangat.. Tapi boleh la buat design dengan software 3D Max ngan Photoshop.. Dia mencelah lagi.. Kalau kami bagi final projek apa yang awak buat ? Sebab sebelum ini memang ada final projek bagi semester akhir. Aku menjawab selamba. Animation ? diorang mencelah lagi.. Mungkin awak buat animation cara pembelajaran untuk budak2 sekolah untuk sesi pembelajaran ? Masa ambil sijil dulu projek apa awak buat ? Aku memberi jawapan dengan gaya tersendiri.. Saya dulu buat projek pasal sukan2 terdapat di Malaysia.. Untuk final projek kat sini saya nak buat lain.. Sebab hari tuh saya datang sini saya tengok semua buat cerita pendek. Jadi saya nak buat animation.. Macam iklan.. Diorang bagi reaksi.. tercengang seketika. Panel perempuan jawab. Erk.. Kat sini kitaorang tak aktif sangat dalam animasi.. Tapi saya tengok awak (sambil tengok result sem 1,2,3) drawing pon okay.. Tapi tengok result SPM awak ada ambil ICT.. Kenapa awak minat Multimedia ? Cabang ICT kan besar ? Dalam hati aku banyak soal pulak perempuan ni.. tadi kerek je muka.. Yup, saya memang minat Multimedia sebab dia gabungkan 5 elemen penting.. Aku hurai kan lagi bila dia tanya.. Dia pandang kat panel lelaki. Boleh laa ni. Nak ambil tak. ? Panel lelaki. Awak dari tempat keja ke ? Aku. Aah.. Panel lelaki Patut la tengok rambut panjang semacam. Memang kat sana tak bagi tau cara interview ke ? Aku. Ye kan je.. En. saya nak datang sini pon ada orang telefon suruh buat banner.. Dia.. o0o kan je.. Baiklah.. Macam setiap design awak  diorang biarkan je ke atau print out ? Dalam hati aku Eh. Dia ni ingat orang keja main2 ke ? En. orang nak banner hari tuh hari tuh gak saya buat.. Ada masa setengah jam je trus print out. Diorang. Ada bukti ? Aku. Bukti takda la.. Dekat surat takde tulis pon suruh bawak.. (Aku kena kan balik) Diorang. Susah la kita nak tengok kalau bukti takde.. Aku.. En. Saya siap tanya telefon lagi sebelum datang. Diorang cakap takyah bawak buku log.. Untuk kursus lain je kena bawak.. Lepas tuh senyap sekejap. Aku tanya ada apa2 lagi En ? Panel. Okay. tiada. 

Aku keluar tengok dari bilik.. Tengok jam tak sampai 10 minit.. Mungkin 6-8 minit aku masuk dalam.. Yang pelik apsal diaorang semua masuk dalam punya lama ? diorang main Counter Strike ke kat dalam ? Argghh.. Merumit kan otak aku berfikir.. Dapat tak dapat lain cerita..

#Dan 10/12/2012. Aku dapat ayat dengan permulaan Sukacita dimaklumkan. Mak paling suka sekali.. Alhamdulillah..



No comments:

Post a Comment