3 Feb 2013

Aku Bersyukur

Assalamualaikum..

Tetiba pulak rajin nak conteng dinding post ni.. Tak tahu la sebab apa pagi ni.. Tapi lama aku nak post benda alah ni.. Selagi tak post macam tak tenteram Hidup.. Bersyukur.. Yup.. Pagi ni aku nak kongsi sikit tentang perjalan hidup aku disini..

Kadang2 terfikir mengapa aku dilahirkan didunia ini.. Yup.. Yang aku tahu semasa roh ditiupkan untuk menuju ke jasad aku (kita) telah pon berjanji dengan Pencipta Yang Agung.. Tapi kadang2 aku terfikir kenapa aku amat payah untuk taat seketika kepadaNya ? Kenapa aku degil ? Kenapa aku langsung tidak bersyukur kepadaNya keatas setiap pemberian yang dimiliki walaupun seketika.. Tapi kesemua itu ingin aku jadikan masa silam sehingga pada ketika waktu itu.. Air mata kedua orang tuaku jatuh  diatas sebabkan individu tertentu.. Tapi kenapa Tuhan beri aku  dugaan hidup sebesar itu ? Selama perjalanan hidup aku itulah yang terbesar perlu aku jalani.. Dan tatkala itu juga aku beria2 untuk meminta pertolongan daripadaNya.. Tapi sekarang aku bongkak kembali kepadaNya.. Disebabkan syaitan ? Iblis ? Nafsu ? Atau memang diri aku sendiri ?

Dan disini jugalah aku dapat sedikit pembukaan isi hatiku.. Aku cuba mengingati kejadian2 sebelum ini.. Dugaan hidup amat besar.. 

Kepayahan itu dirasakan setelah mengenal diri yang selama ini 'tertidur' dan dibuai mimpi.. Kasih sayang hanya dapat dicurahkan beberapa tahun sahaja.. Tuhan hanya memberi pinjaman untuk seketika.. Difitnah sehingga sebegitu rupa.. Tanda2 kecil kiamat berlaku didepan mata.. Walaupun tidak sempurna tetapi sentiasa bersyukur dan sentiasa mengingatiNya.. Cabaran hidup hari2 mendatang dilalui seperti orang biasa.. Badan yang lemah tidak pernah berganjak daripada berdoa.. Sentiasa tersenyum dan bersyukur.. Dugaan yang melanda tidak pernah mematahkan Iman yang ada.. Sentiasa mengingati Allah walaupun nyawa akan
dicabut tidak lama lagi..

Jika sebahagian daripada mereka boleh bersyukur dan bersujud kepadaNya tapi kenapa bukan aku yang sempurna ni terlalu bongkak ? Kenapa bila susah aku teringat kepadaNya ? Kenapa bila senang aku cepat melupakanNya ? Pandai dunia menipu aku.. Bila lagi aku akan dapat merasa 'Kemanisan Iman' selagi hidup itu masih milik aku ?


Wasalam..



28 Jan 2013

Tempat Baru.

Assalamualaikum... Dan.. Selamat Malam..

Okeh jam pon menunjukan 11.11 malam amat sesuai untuk meluahkan segala isi2 dan aktiviti2 sepanjang aku tak kemaskini entri.. Ops.. Bukan pemalas.. Tapi banyak halangan.. Terutama sekali sumber internet dan kedua medium untuk mengonline diri tiada.. Hahaha..

Pertama sekali Alhamdulillah dan syukur.. First dapat sambung belajar.. Nasib sekejap.. Kalau lama Teman pon tak hingin.. Hehe.. Masuk pada 7 Januari 2013 dan terpaksa mengadap bangunan2 warna biru.. Ouh.. Mungkin diorang ni pon buta warna kot macam Mark Zukerberg.. Hehe.. Dan sepanjang itu jugalah pelbagai2 konflik berlaku.. Umpama drama yang bersiri tapi tiada kesudahan.. Dan kesudahan itu telah pon tergantung.. Wah ayat aku gempak tak ? Hehe.. Dan sekarang baru bawak lappy kesayang bersama aku untuk menghilangkan boring di kelas.. Dan yang penting takyah tengok burung2 terbang dari tingkap.. Melihat semut mencari makanan.. Dan yang penting berkhayal.. Haha..

Dan pertama kali juga balik ke Negeri Kesayangan iaitu  <3 PERAK <3 Yeah.. Perak tak pernah tinggal dalam diri.. Cewahh.. Aku nak balik sana pon ada masalah jugak.. Ingatkan sebelah negeri dekat boleh la balik tiap2 minggu.. Tapi umpama burung tersepit celah dahan (tah pelik peribahasa aku reka ni).. Nak taknak terpaksa menetap kat sini jela kalau boleh.. Masa balik pon kaki kena berjalan beratus2 meter.. Dari Banting ke Putrajaya.. Terus Bandar Tasik Selatan.. Pergi Ke Plaza Rakyat dan menuju ke Puduraya dan Ipoh.. Dah laa botak.. Dah macam Juvana orang tengok kesana kesini tanya orang.. Haha.. Nak balik pon sama.. Dari Ipoh ke Klang Sentral.. Pergi ke Klang terus ke Banting.. Mampus aku duk sini kesana kesini.. Nama je sebelah negeri.. Haa.. Satu lagi bab kos sara hidup.. Pergh.. Nak basuh baju pon kena bayar.. Nak taknak kena kumpul sebondot2.. Dah penuh baru basuh.. Ni baru dalam.. Kat luar semua pakai SEN.. Boleh dikatakan kalau aku tengok taukey2 kedai dah macam Mr. Crab (Spongebob).. $$$$$.. Haha.. Sekarang mana ada free lagi.. Bak kata orang nak masuk tandas pon kena bayar.. Standard laa..

Buat masa ni classmate cantik2 lagi.. Maksud aku takde wat kepala masing2.. Tak tahu la nanti2 kan.. Cuma memerhati je setiap tingkah laku.. Kalau nak buat tahi pon tahu2 la basuh nanti.. Ni jenis dah buat tahi tapi taktau nak bersihkan.. Individu inilah paling aku anti.. Tengok gaya lecture pon bereh buat masa ni.. Yang penting kaut ilmu diorang.. Jahat tak aku.. Hehe.. Oke lah.. mata dah mengatuk.. Saya nak beradu dulu.. Penat merentas desa tadi.. Kikikiki..

Assalamualaikum.