1 Jan 2013

First Post Januari 2013



Assalamualiakum..

Selamat pagi.. Dan selamat laa tahun baru sangat kan.. Pelik betul orang sekarang ni.. Tahun baru Masihi di agung2 kan.. Tahun Hijrah di pinggirkan.. Ini ke Negara Agama rasmi nya Islam ? Oke.. Aku tak tuju kan kepada orang yang menyambutnya.. Tapi aku tuju kan kepada orang yang menganjurkannya.. Tiada penganjuran, Tiada kepestaan. Mungkin ada sekolompok dua tiga.. Itu mesti tak boleh lari..

Jiwa muda, Naluri muda, Otak muda, Malam masih muda.. Boleh dianggapkan semuanya muda.. Tapi bila dah jadi 'bapa' dan 'ibu' yang tak ada saksi baru tahu masa itu dah tua 'singkat'. Sememangnya korang faham maksud aku.. Tiada maksiat tiada pesta.. Itu perangai orang Melayu Islam.. Walaupun pergi Sembahyang Jumaat tiap2 minggu.. Solat fardhu.. Waallahualam..

Aku bukan anti orang yang pemikiran seperti itu.. Tapi aku dah muak dengan perangai anak muda seperti itu.. Tatkala malam ini pasti ramai yang merempit untuk menyempitkan lagi rumah2 Hospital.. Malah si gadis lebih rela di 'angkut' seperti sampah sarap yang tak dikutip dua tiga minggu.. Macam mana aku nak bangga dengan anak2 Melayu ?

Betul cakap anda.. Kita masih muda.. Kena enjoy lebih.. Dah tua esok baru bertaubat.. Berbuat baik.. Selalu naik kaki tangga srau/masjid.. Tuptuptup.. Inalillah masa tengah buat maksiat.. Masa itu lah nak ke dunia berbuat kebaikan.. Astgarfirullah.. Masa hujan lebat pon sanggup redah.. Asal kan boleh tengok konsert.. Tapi nak pegi surau/masjid hujan renyai2 pon dah malas.. Oke aku pon tergolong..

Dah malas aku nak berceloteh panjang2.. Nak kena prepare barang lagi.. Kerja tertunggak.. Esok nak berangkat ke MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.. Buku log dah hantar baru puas hati.. Okeh..

Wasalam.. 01 Januari 2013

30 Dec 2012

Pratical Is Over..

Assalamualaikum..

Selamat pagi.. Fuhh ! Alhamdulillah.. Syukran.. Syukran.. Buku Log ana sudah pon siap.. Hehe.. Alhamdulillah sekali lagi sebab telah tamat Latihan Industri (Pratikal) selama 6 bulan lebih.. Sepanjang tempoh pratikal semua agak berjalan lancar.. Mana tak nya.. Ada aku kat kedai Boss kerap keluar memancing.. So maknanya dia mengharapkan kepercayaan kepada aku untuk membuat segala design grafik.. Okay.. Bukan riak.. Tapi bangga pada diri kerana setiap design ada kepuasan kepada pelanggan..

Segala ilmu dan pemerhatian di situ tidak akan ada teragak-agak untuk membuka kedai sendiri.. Insyallah.. Amin.. Segala komen akan dijadikan panduan pada masa akan datang.. Bukan senang nak puaskan hati pelanggan ni.. Tambah2 diaorang duduk belakang tengok cara kita design.. Tukar yang itu.. Tukar yang ini.. Setakat satu dua perkara boleh hadap lagi.. Ini dah lebih2 kadang sakit hati pon ada.. Nak tak nak kena la jaga hari pelanggan.. Pratikal yang berakhir Jumaat lepas bersamaan pada 28 DIsember 2012.. Aku berakhir dengan perkara yang agak lawak juga laa bagi aku dan member aku (staff kat situ). Aku segaja pulang lewat sikit sebab lepas ini dah tak lepak situ mungkin..

Segala design aku tinggalkan untuk memudahkan member copy/paste.. Kira macam Template la.. Nanti cuma dia tuka tulisan, wording, gambar, logo, dan macam2 lagi.. Mempunyai majikan yang agak sporting.. relaks.. cool.. membuatkan takde la tension sangat.. Aku diberi kepercayaan sepenuhnya untuk menjalankan mesin plotter sepanjang 10 kaki untuk kain banner.. Panjang sebenar mungkin 12 atau 13 kaki.. Mula2 masuk memang tak tahan la bau dakwat dia.. Bak kata orang lama2 dah terbiasa..

Dari awal hingga akhir dah beratus-ratus design yang aku buat.. Tak terkira sebab ada yang dah ter'delete'.. Ada yang dah ter'replace'.. Jadi memang tak ingat la.. Ada setengah design kena hold sebab pelanggan tiada kata putus.. Senyap je.. Ada setengah pelanggan ikut kepala sendiri.. Datang hari itu nak hari itu juga.. Padahal tarikh dah ditetapkan lama.. Kadang2 alasan lupa.. Ini laa kadang2 terpaksa hold/skip kerja lain untuk siapkan kerja malaun2 itu.. Kadang menyusahkan orang je.. Padahal nak cakap tak pandai pon tak boleh juga.. Sebab kerja kerajaan.. Mesti pandai2.. Tapi bodoh dan bangang tu pon tetap ada..

Seorang member (staff) yang rapat.. Ramai orang tengok cakap mula2 diorang ingat aku ni sombong.. Haha.. Sorry sikit.. Tak kenal maka tak boleh nak gelak2 lagi.. Hehe.. Dah tahu semua baru ngam.. Kiranya kat situ memang aku cepat belajar la.. Nak jalankan mesin semua.. Cuma satu mesin je aku tak cuba.. Mesin cop baju/jersi.. Sebab jarang orang tempah..

Pagi ni setel kan isi2 buku log.. Bila dah setel dapat la bernafas sikit.. 1 Januari 2013 (Selasa) pergi Melaka.. Hantar buku log hari Rabu.. Moga2 semua berjalan lancar.. Yang buat aku panas hati sekarang ni Sijil SKM tahap 2 aku pon tak keluar2 lagi dan elaun tertunggak-tunggak.. Jabatan Kerajaan dah takda duit ke sampai elaun pelajar pon boleh tertunggak ? Bukan semua Jabatan dah diagih-agihkan ke ? Tension3..